Chapter 55 : Hidden Camera

1.1K 88 0
                                        

Video mengenai kejadian di bilik persalinan itu tersebar dengan cepat di seluruh kolej, termasuk ke jabatan dan fakulti yang lain. Gempar dengan berita mengenai tindakan Irene terhadap tetamu yang datang ke kolej tempoh hari. Ada yang menyokong, ada juga yang membantah tindakan gadis tersebut.

Irene tunduk memandang skrin telefonnya sebelum memasuki pejabat pusat keselamatan, mencari lelaki yang bertanggungjawab untuk rakaman CCTV itu.

Dengan perangai selamba, Irene masuk ke dalam tempat itu. Dia mendekati lelaki yang berwajah serius dan menepuk bahunya hingga lelaki itu tersentak.

"Hah... jumpa pun," sergah Irene. "Amboi-amboi, lepas sebarkan video tu, pandai nak lari ya," seloroh Irene.

"Mana ada lari..." ujar ketua pengawal keselamatan itu sambil menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan thumbdrive berwarna hitam sebelum diserahkan kepada Irene.

Irene mencapai thumbdrive itu.

"Yalah... takutlah tu," sakat gadis itu sambil menjungkit-jungkit kening.

Lelaki itu berpaling dan memandang Irene dengan renungan jengkel.

"Dahlah, keluar sana," halau lelaki itu, rimas dengan kehadiran pembuat masalah di sebelahnya.

"Dah tengok videonya?" tanya gadis itu sambil memandang belasan skrin CCTV yang ada di dalam bilik kawalan itu.

"Urm..."

"Mesti kelakar, kan?" gelak Irene sewaktu bergerak ke arah pintu.

Pengawal itu hanya mampu menggeleng kepala, tidak tahu hendak buat bagaimana lagi dengan sikap Irene yang suka sangat buat kerja bukan-bukan.

Irene duduk di tembok batu menghadap laman berumput kolej. Dia mencucuk thumbdrive yang diterima itu ke iPad. Menyentuh itu dan ini pada skrin tersebut. Setelah mendapatkan video yang menunjukkan kumpulan pelajar yang menggaru dan meraung seperti orang kena sampuk, terus diposting ke laman forum utama kolej dengan kapsyen, "Monyet terlepas dari kandang diserang kutu badan..."

"Hihihi..."

Terkekek-kekek Irene ketawa menonton video itu sebelum telefon di dalam poket sweaternya bergetar. Tanpa mengalihkan pandangan dari skrin, gadis itu mengeluarkan telefonnya dan menjawab panggilan tersebut.

"Urm... asal?" balasnya.

"Mana kau?" tanya suara itu dengan kasar.

"Nak apa?"

"Datang sini sekarang!" arah Samuel dalam panggilan.

Kening Irene mencerun.

"Kau siapa nak mengarah aku, hah?" soalnya dengan kejengkelan. "Ah! Aku malas dan sibuk..." tolak Irene.

"Datang sekarang juga!" desak Samuel.

Irene mengerang dengan kejengkelan, menghentak kaki tidak puas hati.

"Hish! Kacau kau ni! Yalah... nanti aku datang kejap lagi..." Panggilan itu terus diputuskan. Dan sekejapnya itu menjadi beberapa minit. Terlalu seronok menonton video itu berkali-kali hingga tidak sedar masa berlalu begitu sahaja.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang