Chapter 3 : Salah Faham

1.8K 130 2
                                        

Tiga orang pelajar yang berada di depan meja, di pandang Linda, Dekan Kolej Star High. Melihat wajah yang masing-masing calar balar dan kusut masai buatkan dada dia berdenyut sakit gara-gara menahan sabar.

Apa nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang ni?Masing-masing nak tunjuk baran! Hebat sangat agaknya berperangai macam ni?

Linda mengetuk-ngetuk  jari telunjuknya tidak sabar di permukaan meja saat menanti seorang dari mereka untuk bersuara. Sejak tadi dia tanya, namun tiada seorang pun sudi nak bercakap.

Yang seorang lagi tu memang tak la nak bersuara. Kalau makin dipaksa makin keras kepala.

            "Apa masalah kamu berdua ni hah? Daniel?Samuel? Dan kamu Irene, apa lagi masalah yang kamu timbulkan kali ni...tak boleh ke dalam sehari tu berhenti buat masalah? Berhenti libatkan diri dalam masalah?Mati ke kalau tak cari pasal dalam sehari tu?"soal Linda bernada perlahan tetapi kedengaran jengkel.

Irene hanya mendiamkan diri, tepi bibirnya lebam dan berdarah. Rambut yang terikat satu sudah terkeluar-keluar ke merata arah akibat pergelutan di antara dua lelaki di sebelahnya tadi.

Berani betul dua lelaki ni nak belasah dia. Ingat dia ni apa, perempuan lemah. Memang tak la!

            "Irene yang mulakan semua ni puan..."jawab Samuel. Rambut depan lelaki itu terpacak seperti ditarik secara kasar. Pipi dia calar kerana di cakar, lengan t-shirt dia dah terkoyak.

            "Dia sengaja gagalkan kami!"Daniel tunding pula ke Irene. Kembang kempis hidung yang tersumbat dengan tisu  kerana berdarah gara-gara di tumbuk Irene tadi.

Ya. Selepas perbincangan sebentar tadi, mereka bertiga telah bergaduh secara fizikal. Boleh dikatakan kemenangan berpihak pada Irene kerana dia pemegang tali merah hapkedo.

            Kening Linda berkerut semasa memandang Daniel."Apa maksud kamu yang dia cuba gagalkan kamu?”Linda pandang ke Irene yang mendiamkan diri sejak tadi. "Irene jelaskan!" arahnya.

Irene tak menjawab. Dia malah palingkan muka tak nak menghadap Linda mahupun menghiraukan kata-kata dua lelaki tersebut. Dia tak salah apa-apapun!

            "Dia buang kami last minute dan hantar laporan atas nama dia sahaja, kalau dia nak buang kami sekalipun sekurang-kurangnya maklumkan hal tu lebih awal, ini tidak pada minggu akhir macam ni lah baru nak tendang kami keluar dari kumpulan. Mana ada kumpulan lain nak ambil kami berdua kalau macam tu..."jelas Samuel yang cuba mempertahankan diri.

            "Kan nampak sangat dia cuba gagalkan kami berdua!"sokong Daniel

Mata di balik kaca mata bingkai bulat itu bergerak ke arah gadis yang bajunya sudah koyak di bahagian bahu. Mendedahkan kulit bahu putih milik gadis tersebut.

              "Betul ke apa yang Samuel katakan tu Irene?" tanya Linda lagi untuk mendapatkan kepastian.

Irene menjuling mata semasa melepaskan ngerangan kejengkelan. Kenapa la dia orang ni menjengkelkan sangat. Rimas betul!

               Dengan muka bosan tak berminat, Irene pandang Linda."Kalau saya cakap sekalipun adakah ianya akan bawa sebarang perbezaan?"Irene berpaling memandang Linda lalu menjungkit kening sebelah kiri. "Sekalipun saya katakan apa yang benar, puan masih akan memihak pada mereka kan...so apa gunanya saya buka mulut dan jelaskan semuanya..."balas Irene dengan menyampah. "...puan buat la apa yang puan nak buat.... apa yang saya tahu...saya tak salah!"kata Irene bernada menyerah.

Daniel berpaling. Dia memandang geram ke Irene macam nak bagi penumbuk sebijik dekat muka perempuan sebelahnya itu.

             "Hei perempuan...memang betulkan...kau sengaja nak gagalkan kita orang!"marah Daniel.

Linda masih kaku merenung ke dalam mata Irene. Membaca mimik muka gadis itu sebelum memejam mata melepaskan keluhan. Haih!

              "Baiklah...jika kamu berkata begitu." Linda mengerling ke Samuel dan Daniel. Dua anak muda bertuah!"Tentang tesis yang kamu gaduhkan ni...saya rasa baik kamu berdua selesaikannya secara berpasangan. Dari kamu bergaduh..baik kamu segera siapkannya...."ujar Linda.

Kedua-dua pelajar lelaki tu membeliakkan mata. Kalau boleh lama dah rahang mereka jatuh menyapu lantai dekat situ jugak.

Samuel dengan muka 'what the f' dia. Sementara Daniel sudah ternganga luas kerana tak percaya.

           "Apa!tapi puan-"soal mereka dengan serentak.

             Linda angkat tangan tanda stop pada Daniel."Tak ada tapi-tapi Daniel...itu kata muktamad saya. Sekarang kamu semua boleh bersurai..." pintas Linda yang kembali menghadap kertas-kerja kerjanya. Muka wanita tu jelas-jelas menunjukkan yang dia nak sangat semua masalah tu selesai dan dua bratty depan dia ni segera beredar dari situ.

Tanpa berlengah Irene terus berpaling pergi dari situ. Mengigit bahagian dalam bibir kerana berasa sedih dan sakit hati. Kenapa dia jugak yang disalahkan?

               "Mama..."rengek Samuel tak semena. Dia tahu tak sepatutnya dia gelar secara casual pada dekan mereka ini jika dia di kolej. Tapi dah bila jadi macam ni mana la dia nak fikir! "Mana adil macam ni.."

Linda mengangkat kepala. Memandang ke anak lelaki di depannya. Macam dikatakan tadi, bratty!

               "Kamu pun...ingat mama tak tahu perangai kamu macam mana...sudah keluar!Mama ada banyak kerja nak dibuat."arah Linda dengan tegas.

Samuel buat muka tak suka sebelum berpaling keluar dari situ dengan hentakkan kaki. Daniel di sisi hanya melepaskan keluhan jengkel.Ugh! Serius macam mana mereka berdua boleh berkawan dengan Irene selama ni!?

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang