32. Hairan

1.1K 89 0
                                    

Beg kertas berisi pakaian bersih disua kepada lelaki yang berdiri di depannya. Dia memandang pelik ke arah orang yang berwajah masam dan pakaian sudah kotor itu.

Xenon meletakkan jaket kulitnya ke bahu Irene sebelum menanggalkan pakaian putihnya begitu sahaja di depan gadis tersebut. Pakaian bersih dalam beg kertas yang dipegang Irene diambil dan disarungkan ke badan.

"Dari mana awak dapat nombor saya?" tanya Irene semasa memerhati Xenon memasukkan baju ke dalam seluar.

Baju kotor itu dimasukkan semula ke dalam beg kertas oleh Xenon sendiri.

"Mama kau yang bagi... dia cakap kalau minta sendiri dari kau, gerenti susah nak dapat, jadi dia bagi terus dekat aku."

"Kenapa mama bagi nombor saya pada awak?" tanya Irene lagi.

Xenon memandang Irene dan mengambil jaket dari bahu Irene.

"Sebab dia suruh aku babysit kau, lah, apa lagi..."

Irene membuat muka, tunduk memeriksa pakaian yang kotor itu, hidungnya serta-merta terbau aroma kopi.

"Macam mana baju awak boleh kotor?"

Xenon tidak menjawab. Malah, dia menyeluk tangan ke dalam beg sandang Irene yang tergantung di bahu kiri gadis itu. Dia mencapai sepeket tisu basah dan mengeluarkan dua daripadanya. Irene terkejut melihat sikap selamba Xenon.

"Kelas kau habis pukul berapa?" tanya Xenon sambil mengelap tangan dengan tisu basah tadi.

"Pukul enam..." jawab Irene.

"Balik terus lepas habis kelas, jangan nak merayau..." pesan lelaki itu setelah selesai mengemaskan diri.

"...tahulah... ni saya nak tanya, dekat belakang bangunan ni juga awak tukar pakaian. Kenapa bilik air kan ada? Perangai pelik-pelik awak buat, tahu tak?" Irene memandang kiri dan kanan.

"Dalam bilik air tu ada CCTV..."

Mulut Irene terbuka luas.

"Hah? Ada ke? Dalam tandas? Dalam tempat nak buat 'bisnes' tu?" soal Irene dengan nada terkejut.

"Tak adalah... luar je. Patut-patutlah."

"Habis tu, apa masalahnya? Awak tu kan lelaki..."

"Tak suka."

Irene menggeleng kepala, pening menghadapi perangai lelaki lampai di depannya.

"Apa-apa je lah..." Irene bergerak hendak pergi dari situ. Diikuti Xenon dari belakang. Mereka kemudiannya menaiki tangga belakang dan tiba di tingkat dewan kuliah.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang