27. Hampir Terkena

1.1K 97 0
                                        

Kedegang!

Satu tin air minuman jatuh ke dalam laci mesin air dengan bunyi kedegang tersebut. Setelah itu, tangan tersebut mencapai tin itu.

Tin berisi jus strawberi yang sudah terbuka itu dipegang kemas oleh seseorang yang sedang berjalan mendekati pelajar yang berdiri menghadap papan kenyataan. Beberapa langkah sebelum dia tiba di tempat pelajar itu, Amanda melemparkan air itu tepat ke arah Irene.

Namun begitu, saat air itu hendak mengenai Irene, gadis itu bergerak beberapa langkah ke belakang, menjauh dari tempat sasaran.

Air yang dilempar oleh Amanda tidak mengenai Irene, hanya tumpah membasahi lantai. Amanda yang melihatnya tergamam. Matanya terbelalak saat memandang terkejut ke depan.

Irene menoleh ke kiri, melihat tangan yang sedang memegang lengannya—punca kenapa dia bergerak ke kanan tadi. Keningnya terangkat apabila melihat Ethan muncul di sisinya secara tiba-tiba.

Seperti Amanda, Irene turut terkedu, hampir terkejut jantungnya dibuatnya kerana tindakan tiba-tiba Ethan tadi.

"Ethan..." sebut Irene yang terpaku melihat lelaki itu rapat dengannya. Dapat dirasakannya bahang badan lelaki itu ketika belakang badannya bersandar pada dada bidang lelaki tersebut.

Tanpa menghiraukan Irene, lelaki itu mendapatkan Amanda yang masih memegang tin kosong di tangan.

"Ikut aku sekarang!" arah Ethan dengan ketapan gigi.

Amanda menepis tangan Ethan.

"Tak nak! Apa yang you buat ni!" marah Amanda sambil menarik lengannya dari pegangan Ethan.

Suara lantang Amanda membuatkan beberapa orang pelajar menyaksikan kejadian itu.

Ethan mengetap rahangnya dengan kuat sehingga menimbulkan urat-urat di sekitar pelipis dan lehernya.

"Kau tu... apa yang kau cuba buat... cari pasal?" marah lelaki itu hingga timbul urat di batang lehernya.

Irene hanya berdiri kaku, memandang wajah tegang Ethan yang sedang memarahi Amanda. Jarang dia nampak lelaki itu naik angin. Baru hari ini dia nampak betapa marahnya Ethan.

"Kenapa you tarik dia... kenapa selamatkan perempuan tak guna ni..." tunjuk Amanda ke arah Irene yang tidak tahu apa-apa itu.

Irene yang tidak tahu apa yang sedang berlaku waktu itu terkebil-kebil bingung memandang pasangan kekasih tersebut sambil memeluk iPad di dada.

"Apa masalah kau? Orang tak cari pasal, yang kau cari pasal kenapa? Sudahlah dengan perangai dengki kau ni, tak puas lagi ke? Kau nak apa lagi? Nama? Rupa? Populariti?Aku...?" marah Ethan dengan renungan menakutkan.

Amanda berpaling memandang Irene, dia cuba menerkam Irene, namun sempat dihalang oleh Ethan. Lelaki itu memeluk erat pinggang Amanda.

"Semua ni sebab kau! Sebab kau!" marah Amanda yang menyepak-nyepak udara, hendak menendang Irene.

Irene menunding dirinya sendiri sambil melihat sekeliling, di mana beberapa orang pelajar lain sedang memerhatikan.

"Amanda, cukup!" bentak Ethan dengan kuat.

Membuatkan Irene tersentak takut; mata gadis itu terbelalak memandang Ethan.

Amanda menjeling tidak puas hati.

"You... you sedar tak dengan siapa you tengah cakap ni? Dia ke teman wanita you?" tanya Amanda dengan pandangan tidak percaya ke arah Ethan. "Sebab ni lah I bencikan Irene... tak kira betapa bagusnya I, betapa cantiknya I, you tetap masih pandang Irene... you masih peduli dekat perempuan tak guna ni!" luah Amanda dengan dada naik turun, hilang sabar.

Ethan mendiamkan diri, dia merenung wajah merah Amanda dengan kening mencerun.

"Sebab I tahu you masih cintakan dia! Sebab tu I bencikan dia..." air mata bergenangan di kelopak mata Amanda.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang