Chapter 11 : Senior

1.3K 92 0
                                    

Sebulan kemudian....

Bersama renungan dingin, Xenon melirik maklumat yang tertera di skrin telefon sewaktu berdiri di hadapan rail besi menghala anak tangga ke tingkat lobi. Mesej yang dihantar oleh ayahnya itu membuatkan niat dia untuk ke kafeteria terbantut.

Siapa sangka sekelip mata saja sebulan sudah berlalu, dan tiba masa untuk dia bertukar tempat semula. Dan tempat yang sama. Dia fikirkan dia takkan berakhir di suatu tempat yang sama dua kali.

Tak sangka pulak jodohnya berpanjangan untuk pulang ke sana semula.

              "Xenon!"panggil seseorang dari jauh.

Sebaik sahaja nama itu dipanggil, lelaki itu berpaling, Hanya untuk melihat seorang gadis berlari ke arahnya sambil tersenyum. Dia pun menurunkan telefon ke bawah lalu diseluk ke dalam poket seluar.

Datang dah.

              "Taniah...untuk perlawanan siang tadi. Macam biasa la kan, awak tak pernah kalah tak kira macam mana sekalipun cara lawan nak jatuhkan awak." ucap Kaira sebaik saja berdiri di depan Xenon. Gadis berambut ikal mayang dan bertubuh genit. Seorang yang cantik dan mesra. Ramai yang meminati Kaira namun yang berjaya memikat hatinya itu adalah Xenon.

               Entah kenapa dia dengar ucapan itu seakan ada maksud yang tersembunyi. "Terima kasih..."balas Xenon sebelum berpaling menyambung langkahnya. "Saya main macam biasa aje..."basa basinya. Rasanya ini bukan kali pertama dia dengar pujian yang sama dalam satu hari ni.

Bukannya special mana pun. Pertandingan bola keranjang antara kelab aje. Bukan dia yang hebat bermain tapi mereka yang berlawan dengan dia yang tidak mempunyai kemahiran yang setahap sama seperti dia.

What a joke.

Kaira mengekori langkah Xenon, dia jalan seiring dengan lelaki lampai itu sehingga keluar dari dewan itu.

             "Awak malam ni free tak?"tanya Kaira sewaktu mereka berjalan menuruni tangga.

              "Ada apa?" balas Zenon acuh tak acuh.

               "Saya ingat nak ajak awak makan malam dengan family saya, papa saya nak sangat jumpa awak." aju Kaira dengan girang.

               "Kenapa parents kau nak jumpa aku.?"

               "Yalah...kita kan dah lama kenal...sejak awak balik dari urusan syarikat papa awak sebulan yang lalu, ini baru kali pertama kita berborak"

Langkah Xenon terhenti. Lelaki itu berdiri memandang ke depan buat seketika sebelum memusingkan badan menghadap Kaira. Keningnya berkerut sedikit. Wajah Kaira dipandang lama, memikirkan segala apa yang berlaku, membuatkan hatinya yang keras itu tidak dapat menerima gadis di depannya. Lalu Xenon tersenyum nipis. Yang terpaksa.

                "Boleh...kita jumpa dekat rumah kau kalau macam tu..."

Kaira tersenyum, mata gadis itu terbuka luas kerana teruja.

                "Okay...saya beritahu papa saya malam nanti." balas Kaira kegirangan. 

Setelah itu mereka berdua berpisah haluan kerana Kaira perlu menghadiri kuliah yang seterusnya pada tengah hari itu.

Berdiri sahaja di tepi keretanya, Xenon membuat panggilan. Riak wajahnya serius.

                "Hello?"suara dalam panggilan menyapa tidak lama kemudian.

                "Masalah."beritahu Xenon perlahan sambil mengerling sekeliling kawasan parkir pelajar di situ. Memerhati kereta keluar masuk dan penuntut lain berjalan dari pelbagai arah hendak menuju ke fakulti masing-masing.

               "Masalah?Apa maksud kamu?"

Hah~

               Xenon memicit batang hidung dengan mata terpejam seketika. Dia cuba hendak memproses semua maklumat yang berlegar dalam kepala seperti lingkaran data tanpa ending. "Kaira punya parents minta untuk berjumpa...macam mana ni?"

               "Secepat ni?"

               "That's why saya call...should I go or not?"

               "Hmm....nak buat mana lagi. Kita tak boleh mengelak sampai bila-bila."

Keluhan panjang lepas dari Xenon sekali lagi. Dia tidak suka melakukan semua ini. Dan sampai bila dia perlu lakukan hal ini?

               "Lagipula kamu akan berangkat awal dari sini kan? Dah alang-alang parents Kaira nak bertemu, kamu selesaikannya terus. Lagi cepat kita settle kan semua rancangan ni, makin mudah kita nak teruskan pelan lain..."

Tidak dapat mengawal lagi reaksinya, Xenon menjuling mata kejengkelan sambil marah-marah membuka pintu kereta. Benci betul la.

              "Okay."balasnya mendatar sebaik duduk di seat dan menutup pintu kereta.


🫐🫐🫐🫐🫐🫐🫐🫐🫐

Tengah dalam proses editing.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now