Keesokan paginya...
Makanan di atas meja dipandang tidak berselera. Pembantu rumah yang ada di sekeliling sibuk menghidang sarapan untuk pagi itu dipandang dengan tidak puas hati.
"Apa ke lembabnya kau orang buat kerja ni? Cepat sikit, tak boleh ke? Mana airnya?" bebel Claudia semasa duduk tegak di kerusi sambil memandang ke arah cangkirnya yang masih kosong.
"Maaf, cik..." ucap pembantu rumah itu.
Claudia merengus rimas.
"Cepatlah, apa lagi kau berdiri dekat situ..." marah gadis itu sambil memukul meja.
Linda yang berada di meja makan itu memandang tidak puas hati dengan sikap kurang ajar Claudia.
"Kamu ni dah kenapa? Pagi-pagi lagi nak marah orang... period?" tanya Linda sambil memegang kertas di tangan, sementara sebelah lagi memegang gelas berkaki yang berisi jus oren. Dia mensisip sedikit air itu lalu kembali meneliti dokumen di tangannya.
Claudia tidak membalas. Dia mencapai cangkir yang sudah terisi dengan air teh panas itu lalu dibawa ke mulut dengan tergesa-gesa sehingga tidak sempat meniupnya. Hal itu menyebabkan gadis itu terkejut lalu menyembur air yang ada di mulutnya ke kanan.
"Asal panas sangat ni, kau reti tak nak buat kerja! Otak letak dekat mana! Nak sangat mulut aku melecur ke?!" marah Claudia kepada pembantu rumah yang berdiri di sisinya. Pagi-pagi lagi dah buat orang marah.
"Maaf, cik... saya buat yang baru..." ucap pembantu rumah itu dengan takut.
Linda yang melihat menggeleng kepala. Sudah biasa dengan sikap baran Claudia itu. Sudah tiada kata yang dapat diluahkan pada anak bongsunya itu lagi. Dah berbuih mulut beri pesan, masih juga tidak berubah.
"Tak payahlah... kalau tak reti buat kerja, jangan kerja! Berambus dari sini. Jangan tunjuk muka kau depan aku! Buang duit jer upah kau orang kerja... tapi kerja tak betul!" arah Claudia dengan bengis. Gadis itu bersandar pada kerusi, memandang tidak puas hati ke satu arah.
Waktu itu, Samuel muncul dari tingkat atas. Segak mengenakan baju kasual, t-shirt V-neck warna merah, dengan jaket kulit hitam di luar dan skinny jeans yang fit dengan bentuk kaki lelaki itu yang panjang.
"Morning..." ucap lelaki itu sebelum mengucup pipi Linda.
"Morning..." balas Linda tanpa menoleh.
Lelaki itu dengan tenang menikmati sarapan paginya. Pembantu rumah yang ada di situ mengurus makan minum lelaki itu, menuang air, menyapu jem pada roti bakar, dan meletakkan telur separuh masak pada bekas telur. Setelah selesai, mereka undurkan diri.
"Thank you..." ucap Samuel sambil tersenyum mesra kepada pembantu rumah tersebut.
Claudia yang melihat wajah Samuel mencebik jengkel. Menyampah apabila melihat sikap abangnya yang sangat berbeza dengannya. Dia sentiasa baran dan suka menengking. Lain pula dengan Samuel yang tenang dan sentiasa bercakap dengan nada tegas namun perlahan.
"Cepat sikit tak boleh ke? Lambat mengalahkan perempuan bersiap betul..." sungut Claudia.
Samuel memandang tidak puas hati ke arah Claudia sambil mengunyah. Malas hendak bercakap dengan adiknya yang tidak tahu bercakap dengan lembut.
ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Novela JuvenilNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...
