Chapter 69 : Class Cancel

1K 80 1
                                    

Seminggu kemudian...

Kain dress merah labuh paras lutut itu berhayun ke depan dan belakang saat orang yang mengenakan sneaker high-cut putih berjalan merentasi koridor sebelum belok masuk ke dalam dewan kuliah.

Orang bersanggul tinggi di belakang itu kemudiannya mengambil tempat biasa yang diduduki. Serta-merta, wangian yang dipakai oleh orang itu memenuhi tempat berpenghawa dingin.

Tidak lama kemudian, muncul dua orang lelaki, mengambil tempat di kanan dan kiri kerusi yang sedia dikosongkan dalam kelas itu.

"Huargh... ngantuknya kelas Madam Fiona lagi?" nguap Daniel sambil mengeliat di kerusi. Dia bersandar malas pada kerusinya sambil memandang papan putih di hadapan.

"Wei, kau dah siapkan nota ringkas dalam buku teks belum?" tanya Samuel kepada Irene di sisi.

"Kau punya kerja kenapa tanya aku?" balas Irene sambil tunduk memandang skrin iPad. Dia sibuk bermain dengan permainan video.

"Bagi aku tengok sekejap..." Samuel menarik beg sandang Irene, cuba menyelongkar untuk mencari buku nota.

Irene yang melihat itu terus meletakkan iPadnya ke meja dan mendapatkan beg, menariknya dari pegangan Samuel.

"Kau dah kenapa? Lepaskan beg aku!" gelut Irene.

"Pinjamkanlah sekejap..."

"Memang tak la... aku punya. Kau buatlah sendiri." rebut Irene.

Bergelut dua orang itu saling tarik-menarik.

"Lepaslah... koyak nanti beg aku ni..."

Daniel yang melihat melepaskan keluhan letih sebelum meletakkan kepala di atas meja. Dia melelapkan mata seketika kerana letih berlatih hingga lewat malam semasa menghadiri kelas piano.

Samuel enggan melepaskan beg itu. Malah, dia menarik lebih kuat.

"Kedekut betul kau ni... pinjamkanlah sekejap dekat aku..." minta Samuel.

Irene tunduk, menggigit tangan Samuel yang memegang pergelangan tangannya.

"Ahh! Sakitlah..." Samuel menarik tangannya cepat-cepat dari beg Irene, menggosok kesan gigitan gadis itu. "Kau kenapa... kalau lapar sekalipun, janganlah gigit aku..."

Irene menjeling tidak puas hati ke arah Samuel sambil membawa beg sandangnya rapat ke dada.

"Habis kau tu tak reti bahasa ke? Dah aku kata tak boleh, maknanya tak bolehlah..." cemberut Irene.

Waktu itu muncul seorang pensyarah lelaki, berjalan masuk ke ruangan itu sebelum berdiri di atas podium menghadap mereka semua.

Membuatkan pelajar-pelajar yang ada di situ terus senyap, memandang pensyarah yang sedang memandang mereka. Hairan kerana sepatutnya kelas itu adalah kelas Madam Fiona.

"Perhatian kepada kesemua pelajar kelas Madam Fiona, beliau memaklumkan bahawa kelas untuk sepanjang minggu ini akan dibatalkan atas sebab masalah peribadi. Jadi diminta kepada kamu untuk menyiapkan empat bab yang kamu belum pelajari dalam buku nota. Minggu hadapan, dia akan masuk kelas semula sekiranya tiada halangan. Itu sahaja makluman untuk kamu semua..." maklum pensyarah lelaki itu dengan tiba-tiba.

Daniel mengangkat kepala, Samuel memandang pelik, Irene hanya memandang kosong, tidak berminat.

Apabila pensyarah lelaki itu keluar dari dewan kuliah, serentak seluruh kelas bersorak riang.

"Yeah! Kelas tak ada!" sorak mereka dengan girang.

Irene kembali tunduk memandang skrin iPadnya.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now