96.

1.1K 78 0
                                    

Disebabkan hari itu hujung minggu kawasan berumput di padang taman bandaraya dipenuhi dengan pengunjung. Sama ada yang datang bersama keluarga, rakan-rakan, kekasih mahupun sendirian. Seronok bermain dan beriadah. Mengisi masa pada musim panas itu.

Dua kepala dengan serentak baring atas rumput itu. Melepaskan lelah setelah penat bermain belon air dan berlari sana sini seperti budak kecil. Irene memandang kanan dan kirinya. Melihat dua lelaki yang berkaca mata hitam itu sebelum menarik tangan kanan Samuel dan tangan kiri Daniel untuk dijadikan bantal sewaktu dia  hendak baring di antara dua lelaki itu.

"Ahh..."hela Irene."Lapang sikit fikiran aku..." luah Irene perlahan semasa baring atas dua tangan tersebut. Diapit kanan dan kiri oleh Samuel dan Daniel.

"Kan aku cakap...seronok sebenarnya."ujar Daniel.

Mereka bertiga memandang langit biru yang tidak berawan itu dengan senyuman di bibir masing-masing.

"Wei...lepas kita konvo nanti kau ada rancang nak bercuti ke mana-mana ke?"tanya Daniel di sebelah kanan Irene.

"Aku nak ke Rom."jawab Samuel.

Irene tidak menjawab. Gadis itu hanya diam memejam mata. Tangannya diletakkan atas perut. Cuba menikmati suasana itu selama mungkin.

Daniel dan Samuel memalingkan kepala untuk memandang Irene apabila gadis itu tidak bersuara.

Mereka terpegun melihat wajah bersih yang sedang memejam mata itu. Tenang dan sejuk bila mata memandang.

"Kau orang suka tak kawan dengan aku?"tanya Irene tanpa membuka mata.

Samuel mengangkat kening.

" Kenapa kau tanya macam tu?"

Daniel hanya memandang wajah itu tanpa mengedipkan mata.

Senyuman terukir dibibir merah jambu Irene. Lalu mata itu kemudiannya terbuka. Dia termenung memandang langit.

"Sebab aku suka kawan dengan kau orang. Bila aku susah kau orang berdua ada tapi tak selalu lah biasanya aku lah yang kena hadap semua sendiri...tapi semua tu tak penting... yang penting aku tak menyesal kenal kau orang..." luah Irene.

Daniel buat muka funny bila dengar.

"Mestilah suka...orang menyakitkan hati, menjengkelkan selalu menyakat orang siapa yang tak suka..."gurau Samuel.

Tangan Irene bergerak memukul perut Samuel sepintas lalu  sebelum kembali diletakkan atas perutnya.

"Kau Daniel?"Irene memalingkan kepala ke arah Daniel.

Daniel yang sejak tadi memaling kepala memandang Irene bertentang mata dengan gadis itu. Dia diam membaca renungan itu lalu mengangguk kepala.

"Urm..suka. Terima kasih untuk segalanya." ucap Daniel perlahan.

Irene tersenyum sebaik mendengarnya.

"Aku pun. Terima kasih untuk semuanya.."ucap Irene sambil melihat ke dalam mata Daniel.

"Wait..wait...asal tetiba emo pulak mood kita ni?"tanya Samuel.

"Bukan emo...hanya penghargaan. Aku dah lama nak cakapkan hal ni dekat kau orang. Maafkan aku atas semuanya...jujur aku cakap aku seronok bila pedajal kau orang...tapi jauh dari sudut hati aku...semua tu hanya gurauan jer.."

Daniel dan Samuel terdiam seketika sebelum masing-masing bersama.

"Kita orang pun sama..."

Mereka bertiga memandang langit biru itu sambil mengimbau memori lalu tanpa bersuara.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now