Beberapa hari kemudian...
"Betul ke kamu tak nak duduk lama sedikit di sini?"tanya Adriana kepada Xenon yang sedang meletakkan bagasi ke dalam bonet kereta, dibantu oleh pemandu lelaki itu.
"Ya...saya rasa eloknya saya duduk berasingan..lagipun Uncle dah balik."balas Xenon.
Irene yang berdiri di sisi Adriana hanya berdiri menyilang tangan ke dada. Tidak kisah dengan keberangkatan Xenon. Masih terkesan dengan kata-kata lelaki itu tempoh hari. Pedulilah sekiranya lelaki ini ada perasaan kepadanya.
"Tak apalah kalau macam tu, Aunt baru nak ajak kamu untuk cuti musim panas bersama lepas kamu habis exam minggu ni..."
Irene menjegil mata, menyiku lengan mamanya.
"Kenapa mama cakap..diam-diam sudahlah.." deram Irene yang kelihatan tidak suka rancangannya dimaklumkan begitu sahaja.
Xenon mengerling ke arah Irene lalu memandang Adriana.
"Terima kasih untuk pelawaannya, kalau dah tak ada apa-apa saya minta diri dulu. Terima kasih sekali lagi untuk segalanya, dari makan minum dan rawatan yang aunt dah berikan kepada saya sepanjang saya di sini..."ucap Xenon yang memeluk kejap tubuh itu.
Adriana membalas pelukan itu sambil tersenyum.
"Okay jer...lagipun aunt tak ada anak lelaki, ada kamu ni terisi sedikit kekosongan..." seloroh Adriana.
Irene membuat muka menyampah.
Lelaki itu bergerak ke arah Irene. Berdiri menghadap gadis itu.
Irene memandang Xenon dengan kening terangkat.
"Apa?"sentap Irene.
Xenon hanya mampu tersenyum. Niat hendak memeluk gadis itu dibatalkan apabila melihat Irene kelihatan tidak senang dengannya.
"Jaga diri..."ucap lelaki itu.
"What ever..."Irene menjuling mata menyampah.
Xenon melambai tangan sebelum masuk ke dalam kereta.
Adriana melambai riang ke arah Xenon sewaktu kereta itu bergerak keluar dari laman rumah ke jalan raya. Setelah itu barulah Adriana menghadap Irene.
"Kamu ni..sampai bila nak tarik muka dengan Xenon. Kesian dia..marah-marah pun janganlah layan dia macam tu. Tahu tak dia tu suka pada kamu.."
Irene memandang bosan ke arah Adriana.
"Suka pun menyakitkan hati buat apa...kalau betul dia suka, dia pujuk Irene...ini tidak membatu jer macam tu dia tak faham ke perempuan macam mana. Kalau perempuan cakap jangan cakap dengan saya maknanya kenalah cakap..ini tidak., bila cakap jangan dekat saya dia keluar dari rumah ni pula.."sungut Irene sebelum berlalu masuk ke dalam rumah dengan muka bercemberut.
"Haih....walaupun mama ni perempuan..mama masih tak faham..kenapalah perempuan ni terlalu rumit." komen Adriana sendiri sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah.

YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...