Bilik yang lengang dipandang kosong dengan dia, melihat katil yang biasanya diduduki oleh Xenon kini kosong. Barang di atas meja kerja yang biasanya penuh telah pun dibersihkan. Tiada satu pun benda yang ditinggalkan oleh lelaki itu.
Irene melepaskan keluhan. Dia yang duduk di atas katil bergerak hendak bangun sebelum kakinya terlanggar sesuatu di bawah katil. Seperti sebuah kotak.
Dia pun tunduk memandang ke bawah dan melihat sebuah kotak terselit dibawah katil itu. Oleh kerana ingin tahu Irene menarik kotak itu keluar dari situ dan kembali duduk bersila di atas katil.
Gadis itu membelek kotak itu seketika sebelum penutup kotak tersebut dibuka. Pedulilah kalau barang ni orang punya. Siapa suruh tinggalkan barang.
Apabila penutup kotak tersebut terbuka timbunan kertas yang digulung serta kepingan gambar kelihatan memenuhi kotak tersebut.
Irene berkerut kening apabila dia mencapai kepingan gambar dan melihat gambar-gambar tersebut. Dia dapati kebanyakan gambar di situ adalah gambar-gambar miliknya.
Dan melihatkan keadaan gambar itu, kelihatannya telah ambil beberapa bulan yang lalu.
"Irene!"panggil Adriana yang menyentak Irene.
Wanita itu yang mulanya hendak ke arah bilik Irene terhenti apabila ternampak pintu bilik Xenon terbuka luas dan Irene berada di atas katil."Mama nak beli barang ni..ikut mama sekali
nanti." minta Adriana di depan pintu.Irene mengangguk kepala.
"Urm...mama siap dulu,Irene tunggu.."ujar gadis itu sambil melihat satu persatu gambar disitu.
Adriana kemudiannya beredar dari situ. Meninggalkan Irene seorang.
Gulungan kertas yang diikat dengan tali dibuka oleh Irene. Setelah gulungan itu terbuka, timbunan profile seseorang menarik perhatiannya.
Disetiap helai kertas itu terdapat sekeping foto berukuran passport. Dan setiap gambar itu adalah sama. Tangan itu terhenti ke sehelai kertas dimana wajah seseorang yang amat dikenali berserta dengan maklumat peribadi yang sama seperti mana dia pernah peroleh.
"Timmy?"sebut Irene perlahan. Lalu gadis itu menyelak satu persatu kertas di situ dan disusun atas katil. Cuba meneliti wajah setiap gambar yang ada di atas kertas tersebut.
Tidak lama kemudian Irene menyedari setiap gambar di situ ialah milik orang yang sama. Dan orang itu adalah Xenon. Namun yang menghairankan ialah setiap maklumat peribadi orang itu berbeza-beza.
Nafas Irene naik turun, kening gadis itu mencerun kelihatan takut dan gementar. Apabila dia menyedari apa yang sedang berlaku.
"Sayang mama dah siap...jom!"ajak Adriana tiba-tiba membuatkan Irene tersentak.
"Uh...mama dah siap?Kejap..."Irene kalut mengemas kertas-kertas itu lalu dimasukkan semula ke dalam kotak dan simpan kebawah katil. Setelah selesai dia bergegas keluar mendapatkan Adriana.
Adriana senyum ke arah Irene sewaktu hendak berlalu ke arah tangga.
"Xenon adalah Timmy?Tapi kenapa dia ada dua identity?Untuk apa dia buat semua tu?Maksudnya selama ni dia dah lama belajar dekat situ tapi atas nama yang lain dan datang ke sini dengan identity yang baru??"tanya Irene di dalam hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/184698489-288-k631246.jpg)
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...