Xenon yang sedang berenang terhenti, dia terapung di permukaan air sambil meraup mukanya. Setelah pandangannya jelas, lelaki itu memandang Irene.
“Ada apa?” balas lelaki itu.
“Saya nak cuci baju. Awak ada pakaian kotor yang nak dicuci tak?” tanya Irene yang sukarela hendak mencuci pakaian tetamunya ini.
Xenon berenang ke tepi kolam lalu memanjat tembok itu dengan mudah sebelum bergerak mendekati Irene.
Irene memandang kagum dengan susuk tubuh itu sewaktu Xenon berjalan mendekatinya. Nyum!
“Kau nak basuhkan ke?” tanya Xenon.
Irene membuat muka.
“Kalau tidak, mananya saya nak tanya…” balas Irene.
Xenon mencapai tuala yang berada di atas bangku panjang tepi sliding door lalu mengelap kering badannya dengan ala kadar.
Saat kaki lelaki itu hendak masuk ke dalam, Irene menolak dada lelaki itu dengan jari telunjuk, menghalang Xenon dari terus melangkah.
Xenon tunduk memandang jari Irene lalu mengangkat kepala.
“Asal?”
Irene melirikkan mata ke badan Xenon yang masih basah kuyup.
“Awak basah... nanti lantai tu licin. Keringkan betul-betul,” arah Irene.
Xenon menjulingkan mata menyampah. Dengan patuh, lelaki itu mengeringkan badannya sepenuhnya sebelum dibenarkan oleh Irene masuk.
“Ambil pakaian awak... berikannya kepada saya nanti,” arah gadis itu lagi sewaktu berlalu ke bilik belakang di mana mesin basuh terletak.
Setelah suis dihidupkan dan cecair pencuci dimasukkan, Irene tunduk memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh.
“Mana orangnya ni... lama betul...” sungutnya semasa bangun berdiri dan berpaling ke belakang, berniat hendak mendapatkan Xenon.
Ketika itulah, mukanya melanggar sesuatu yang lembut namun tegap. Hidungnya yang terasa sakit digosok perlahan.
“Apa pula yang—” Irene memandang ke depan sebelum matanya tepat memandang orang yang berdiri menghadapnya. Tidak berbaju dan masih basah. “Hish... awak ni kan, suka sangat munculkan diri secara mengejut macam ni... tak boleh ke buat bunyi? Lama-lama macam ni, mahunya saya diserang sakit jantung...” marah Irene yang merampas pakaian kotor dari tangan Xenon lalu tunduk memasukkan ke dalam mesin basuh.
Xenon tergamam, memandang tidak percaya ke arah Irene.
“Aik... Kita pula yang kena marah, dia yang pusing tiba-tiba...” balas Xenon perlahan.
Irene menjeling geram ke arah Xenon.
“Apa awak cakap?”
“Yalah, kau yang pusing tiba-tiba masa aku belum sempat nak cakap apa-apa...”
Irene membuat mulut seakan mengajuk cara Xenon bercakap.
“Menyampah...” komen Irene sambil menjeling ke arah Xenon.
“Kau tu lagi menyampah...” balas Xenon sebelum beredar dari situ.
Irene menghayun kepalan penumbuk ke arah belakang kepala Xenon semasa lelaki itu berjalan pergi.
“Grrr...!” deram Irene sambil menumbuk-numbuk udara dengan bengang.
Dengan renggusan geram, dia mencapai bakul pakaian kotornya dari lantai.
“Hish... menjengkelkan betul!” gerutunya. “Bila mamat tu nak berhambus...”
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Fiksi RemajaNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...