91.

1K 76 2
                                    

Kediaman Kaiser....

"Apa maksud kamu yang kamu tak nak teruskannya lagi?"tanya Kaiser kepada Xenon.

"Sebab Xenon tak nak teruskan rancangan ni lagi.

"Xenon tunduk mengemas buku-buku nota serta kertas-kertas untuk di simpan dalam stor memandangkan peperiksaan telah tamat.

"Xenon..kita dah sampai kemuncaknya!papa dah uruskannya dan tinggal Adam sahaja setelah itu kita dah dapat semula apa yang menjadi milik kita..."Mata Kaiser mengekori langkah Xenon setiap kali orang itu bergerak ke sana sini.

Tangan yang sibuk mengemas itu berhenti, Xenon berpaling memandang papanya dengan kening berkerut. Tidak faham dengan sikap papanya ini.

"Papa betul ke apa yang papa buat ni? adakah papa buat semua ni hanya untuk balas dendam atas kematian mama atau sebab papa terlalu tamak untuk memiliki semuanya...?"

Kaiser melepaskan keluhan beria-rianya.

"Xenon...mereka semua yang telah membuatkan mama kamu kecewa sehingga dia meninggalkan kita disebabkan sikap tamak mereka apa yang papa buat ni tak setimpal dengan apa yang kita dah lalui disebabkan mereka.."

Xenon memejam mata, menahan diri dari naik angin dan meninggikan suara. Hatinya seperti dicarik-carik mendengar semua ini.

"Papa!Xenon sayangkan Irene!"luah Xenon dengan nada marah yang ditahan-tahan.

"Huh?"Kaiser yang mencekak pinggang itu menurunkan tangan ke sisi.

"Xenon tak dapat teruskan rancangan untuk musnahkan hidup mereka. Sebab Xenon tak sanggup tengok Irene sedih...dia dah cukup bahagia dengan keluarga dia sekarang.."

Xenon perlahan-lahan membuka mata. Merenung sedih ke arah Kaiser.

"Cukuplah...sampai sini sajalah papa..please. Xenon merayu."

Kaiser menggeleng kepala.

"Tak!kita dah rancang semuanya dengan baik.kenapa kamu nak hentikannya?hanya disebabkan perasaan kamu terhadap anak mereka?Xenon kamu sedar tak..selama ni kamu tak apa-apa pun bila dipasangkan dengan anak perempuan yang lain kenapa kali ni kamu gagal kawal perasaan kamu?"

Xenon merenggus geram. Dia melempar-lemparkan tangam ke udara.

"Sebab Xenon dah sukakan Irene sejak Xenon menyamar menjadi Timmy...dari situ Xenon kenal dia dan sukakan dia...jadi tolonglah. Xenon merayu dekat papa untuk lepaskan keluarga Irene. Cukuplah dengan apa yang kita dah dapat..tak puas lagi ke!"

Kaiser memandang tidak percaya ke arah Xenon. Dia menggeleng kepala kerana tidak dapat menerima apa yang cuba disampaikan oleh anak lelakinya. Satu-satunya orang yang dia harapkan.

"...kalau papa nak teruskan juga Xenon tak dapat nak bantu papa lagi. Xenon akan pulang ke Kanada..."maklum lelaki itu sebelum berpaling menyambung kerja mengemasnya semula.

Kaiser memandang tidak percaya sebelum berpaling keluar dari situ.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now