Deru angin petang itu bertiup lembut, mengoyang-goyangkan dahan yang berdaun sehingga membuatkan daun-daun itu saling bergesel. Menghasilkan melodi alam semula jadi yang menenangkan hati.
Di bangku menghadap padang berumput itu kelihatan dua orang duduk dalam keadaan yang jarak. Seorang di kanan bangku, seorang lagi di kiri bangku. Diam memandang ke arah padang berumput.
"Awak nak cakap apa?"tanya Irene dengan nada dingin.
Rex berpaling, memandang tepi wajah itu sewaktu bersuara.
"Aku akan ke Itali hari ni..."
Irene menoleh, memandang wajah Rex dengan renungan kosong.
"Dah tu awak nak saya buat apa?Halang awak supaya jangan pergi?"
"I wish....kalau boleh aku nak kau halang... tapi tak mungkinlah kan..."senyum Rex. "Aku datang Cuma nak ucapkan selamat tinggal dekat kau.."
"Well then....selamat tinggal kalau macam tu." balas Irene dengan dingin.
Rex melepaskan keluhan. Dia tunduk memandang tangannya sebelum bersuara kembali. Sedih hati dia bila dengar Irene balas acuh tak acuh padanya. Sungguh dia berharap yang gadis sebelahnya ini sudi menerima cinta dia.
Tapi apakan daya, perasaan tu tak boleh di paksa.
"Boleh tak aku peluk kau?"minta lelaki itu dengan perlahan.
Irene melepaskan keluhan. Dia pandang Rex dengan mula letih. Kenapa la Rex ni tak boleh nak move on dengan lekas. Masih nak jugal buatkan dia rasa serba salah begini. Mahu tak mahu, dia perlahan-lahan mengangguk kepala dengan muka tidak suka.
"Urm..."
Rex dengan pantas menganjak dekat ke arah Irene. Sebaik sahaja bahunya dan bahu Irene bertemu dia memalingkan badan menghadap Irene. Menunggu Irene menghadapnya. Gadis itu perlahan-lahan menghadapkan badan ke arah Rex.
"Aku akan rindukan kau Irene..."ucap Rex sebelum menarik Irene ke dalam pelukannya dengan lembut. Sebelum kedua-dua tangan itu memeluk erat tubuh kurus milik gadis itu.
Rex memejam mata saat menahan sebak yang sedang bertandang. Dia akan merindui Irene sampai bila-bila. Cinta pandang pertama ya ini adalah kenangan terindah buat dia walaupun tidak berbalas.
"Terima kasih untuk semuanya."
Irene tidak membalas pelukan itu, hanya kaku mendiamkan diri. Dia memandang kosong ke depan.
Tidak lama selepas itu, Rex menjarakkan diri dari Irene. Menatap wajah itu dengan lama.
"Sejak hari pertama aku sukakan kau dan sampai hari ni..perasaan aku tak pernah sikit pun kurang dari menyanyangi kau Irene."ucap lelaki itu dengan sedih.
Dengan muka tiada perasaan, Irene merenung tepat ke mata Rex. Seperti ada sesuatu yang hendak dikatakan namun mulut gadis itu rapat tertutup tidak bersuara.
"Jumpa lagi Irene..."pamit Rex sebelum bangun dari situ lalu berpaling dari situ.
Irene berdiri, memandang belakang badan Rex yang semakin lama semakin jauh darinya.
"Maafkan saya Rex..."ucap Irene perlahan bersama dengan angin yang bertiup menerbangkan daun kering di sekitar tempat itu.
Rambut panjang itu bertiup ke belakang setiap kali angin menghembus tubuh kurus yang mengenakan dress labuh paras lutut tanpa lengan itu.
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...