99.

1.4K 86 0
                                    

10 tahun kemudian....

Jambangan bunga yang berada di tempat duduk pemandu itu dipandang sekilas oleh orang yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau sementara mendengar bebelan melalui handfree yang dipakai pada telinga.

"Kan mama kata tunggu..mama pun nak ikut sekali..."

"Mama pergilah dengan Claudia nanti..."ujar Samuel yang segak mengenakan sut labuh paras lutut, kemeja serta bertali leher hitam. pandangan fokus dalam pemanduan.

"Kamu ni kan!!" marah suara itu dengan lantang.

"Okaylah...nanti mama pergi dengan Claudia ya..Sam tengah drive ni..."pamit Samuel sebelum menghentikan keretanya di hadapan sebuah bangunan apartmen mewah.

Orang yang berdiri di tepi jalan itu terus bergerak mendekati keretanya sebaik sahaja dia parkir. Pintu tempat duduk sebelah pemandu terbuka. Jambangan bunga yang terletak di atas tempat duduk tersebut di ambil lalu di letakkan atas peha oleh orang itu.

"Asal kau lambat? tahu tak naik lenguh kaki aku berdiri lama dalam suhu sejuk macam ni?"sungut Daniel yang turut segak mengenakan kot serba hitam.

"Mama aku sibuk nak ikut..kau tahulah perempuan macam mana kalau bersiap..."jawab Samuel semasa menggerakkan keretanya.

Daniel tunduk memandang bunga di tangannya sambil tersenyum.

"Pandai kau pilih bunga ni...Irene mesti suka" ucap Daniel.

Samuel mengerling ke arah bunga itu sebelum kembali memandang ke depan. Tiada sebarang emosi di wajah lelaki itu.

Selepas pemanduan selama sejam akhirnya mereka tiba di destinasi. Dengan hati yang berat dua orang itu melangkah keluar dari kereta, jalan menyusuri laluan berbatu naik ke atas bukit. Bersama dengan tiupan angin musim luruh yang semakin hampir dengan musim sejuk. 15 minit berjalan berakhir apabila mereka tiba di tempat pertemuan itu.

Samuel dan Daniel berhenti berjalan apabila melihat dua orang lelaki yang sudah lama tidak ditemui berdiri menghadap antara satu sama lain.

"Rex...Xenon...?"panggil Daniel yang terkejut melihat dua orang itu. Perlahan-lahan mereka mendekat.

Xenon menoleh, memandang Daniel dan Samuel dengan renungan dinginnya ke arah dua lelaki yang menghampirinya.

"Oh..kau orang dah sampai..."sapa Rex dengan kedua-dua tangan dalam poket sut labuh paras lutut warna hitam yang dipakai.

"Bila kau orang sampai?"tanya Samuel selepas mendekat.

"Aku dari airport terus ke sini..baru aku teringat yang hari ni hari lahir Irene itu yang aku singgah sini sekejap..."jawab Rex.

Xenon hanya mendiamkan diri, dia tunduk memandang jambangan bunga yang dipegang oleh Daniel. Air muka lelaki itu dingin dengan renungan kosong.

"Eloklah kalau semua ada dekat sini. Bolehlah kita jumpa Irene sama-sama. Mesti dia suka." ucap Daniel kepada mereka di situ.

Xenon mengetap rahang, dia memalingkan muka ke arah lain dengan kening mencerun. Begitu juga dengan Samuel, wajah lelaki itu kelihatan tegang dan dingin tanpa emosi.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang