Selepas habis sahaja kelas, Irene terus berhenti di kafeteria, mencapai sandwich dan sekotak jus epal, kemudian beratur untuk membuat bayaran. Waktu itu, barisan sudah pun panjang; nak tak nak, dia terpaksa beratur di situ untuk membuat bayaran. Mengira kepala yang ada di depannya, masih berbaki 14 orang sebelum gilirannya tiba.
Irene tunduk melihat skrin telefonnya. Masih berbaki 20 minit sebelum kelas seterusnya bermula. Sempatlah makan sedikit sebelum masuk kelas Madam Fiona nanti. Sudahlah kelas itu dua jam berturut-turut tanpa rehat. Mesti tak selesa duduk lama-lama dalam kelas itu kalau dia tak makan apa-apa.
Pada masa itu, orang di depan Irene yang seronok bertepuk tampar dan gelak ketawa secara tidak sengaja melanggar Irene, menyebabkan gadis itu bergerak ke belakang dan melanggar orang yang berada di belakangnya pula.
Akibatnya, dulang yang dipegang oleh orang tersebut jatuh ke lantai, dan makanan yang ada di atasnya terjatuh. Pelajar yang berada di sekeliling berpaling, memandang terkejut ke arah kejadian tersebut. Mereka semua menumpukan perhatian pada lelaki yang tunduk memandang makanan yang jatuh sebelum mereka memandang Irene.
Irene berpaling, keningnya berkerut saat memandang orang yang tidak sengaja dilanggarnya itu.
Orang itu mengangkat kepala, memandang dengan kening mencerut. "Tak reti ke nak beratur elok-elok?! Kaki tu dah patah ke?" bentak lelaki itu sambil memandang tiga orang pelajar perempuan di depan Irene. "Tengok apa yang kau dah buat dekat makanan aku!" Suaranya lantang membentak.
Irene yang mendengar hanya membuat muka kerana berasa bingit dengan suara tersebut. Lalu dia memandang mereka yang sedang dimarahi oleh Xenon.
"Senior, bukan saya yang langgar tapi—"
"Tapi disebabkan kau yang tak reti nak beratur elok-elok, kau buat dia langgar aku dan makanan aku jatuh. Sekarang kau kutip makanan ni dan bayar!" arah Xenon dengan bengis. Renungan benci lelaki itu terarah pada tiga pelajar junior tersebut.
Irene yang melihat perubahan tingkah laku lelaki itu memandang pelik.
Ketiga-tiga pelajar perempuan itu tunduk mendiamkan diri kerana malu dan takut pada masa yang sama.
"Kutip!!" bentak lelaki itu dengan marah sehingga membuat pelajar junior itu melompat terkejut. "Lain kali buat lagi!"
Irene tersentak, dia memandang geram ke arah Xenon kerana lelaki itu meninggikan suara dekat telinganya.
Waktu itu, pelajar perempuan tersebut tunduk mengutip makanan dan air kotak yang berada di atas lantai, lalu berdiri tegak tanpa bersuara.
Xenon berdengus kasar, lelaki itu membersihkan kasut dan seluarnya dengan menepis-nepis pakaian menggunakan tangan. "Menyusahkan..." rungut lelaki itu.
Irene memandang Xenon, pelik dengan sikap baran lelaki itu. Tak pernah pula dia nampak lelaki ini meninggikan suara, bercakap kasar pun tidak.
"Jatuh makanan je pun. Bukannya luka apa. Awak ni dah kenapa? Perlu ke sampai macam tu sekali?" tanya Irene perlahan.
Xenon tunduk memandang Irene. "Apa?" balas lelaki itu dengan kerutan kening berkurangan di muka.
"Perlu ke menengking macam tu... benda kan tak sengaja..." Irene memalingkan wajahnya menghadap Xenon sambil memeluk makanannya rapat ke dada.
"Kau sendiri nampak nak juga bela??" balas Xenon dengan nada separa berbisik.
Irene menggeleng, semakin lama semakin tidak faham dia dengan sikap lelaki ini.
"Dahlah, malas nak makan..." rajuk lelaki itu sebelum berlalu pergi dari situ.
Irene kembali memandang ke arah pelajar junior di depannya, memberi senyuman serba salah kepada mereka. "Maafkan dia... hari ni banyak masalah untuk dia..." ucap Irene kepada mereka.
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...