Chapter 59 : Pelik

1K 91 1
                                    

Xenon mengambil peluang itu untuk memandang wajah Irene. Wajah yang telah mencuri hatinya sejak kali pertama perhatian matanya. Ya, ramai saja gadis cantik di kolej ini, tetapi hatinya lebih tertarik pada Irene. Mungkin kerana personaliti gadis ini lain dari gadis di luar sana.

"Awak nampak dingin bila berada di luar, kasar dan tak berhati perut bila dengan orang lain. Tapi bila dekat rumah, awak bersahaja, selamba… dan lembut… tak kasar..." luah Irene.

Xenon menilik wajah Irene, sama ada berias mahupun tidak, wajah itu tetap kelihatan polos dan cantik. Itulah sebabnya dia suka pada orang di depannya.

"Aku buat tu dekat orang yang aku suka je. Orang yang tahu nak perlaku orang macam manusia, aku pun akan perlakukan orang tu macam manusia juga..."

Kening Irene berkerut.

"Kalau macam tu, kenapa awak tak suka orang sentuh awak atau nampak badan awak... tapi dekat rumah suka hati awak jalan ke sana sini tak pakai baju?" soal Irene lagi.

"Sebab badan aku ni cuma untuk dipandang oleh orang tertentu sahaja," balas Xenon dengan nada mendatar.

Kening Irene berkerut kehairanan. Dia melirik Xenon dari atas kepala hingga ke bawah kaki sebelum naik memandang wajah kacak itu.

"Macam manalah teman wanita awak nanti nak fahamkan perangai awak ni... saya kesian dekat dia," keluh Irene.

Xenon ketawa kecil.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Yalah, dapat teman lelaki perangai pelik macam awak ni... saya yang bukan teman wanita awak pun dah pening kepala..."

Xenon mencubit pipi Irene.

"Jangan risau... orang tu takkan pening kepala. Sebab dia dah tahu aku macam mana..."

"Auw... sakitlah..." Irene menolak tangan Xenon dari pipinya. "Boleh tak jangan cubit pipi saya tembam? Nanti macam mana!" cemberut gadis itu sambil menggosok pipinya.

"Tak apa... tembam-tembam pun comel jugak," balas Xenon.

"Dah lah... saya nak masuk bilik. Bacalah buku awak tu, dasar si nerd..." gadis itu hendak bangun, namun Xenon memegang badannya dari bangun. "Argh... dah kenapa?" tanya Irene yang terbaring semula.

"Temankan aku sampai habis study."

"Tak nak..." tolak Irene.

Xenon mencengkam lengan baju Irene.

"Lepaskanlah! Awak ni dah kenapa! Terlondeh la baju saya macam ni," gelut Irene.

"Makin kau bergelut, makin kuat aku tarik," ujar Xenon.

"Ugh... lelaki memang merimaskan ya..." Irene mengalah, dia berhenti bergelut.

Xenon tersenyum menang.

Irene melepaskan keluhan pendek.

"Jangan banyak sangat berkerut, nanti cepat berkedut..."

"Siapa puncanya?"

"Aku pulak..."

"Dah lah, cepat habiskan baca tu... saya nak tidur. Dah lewat ni..."

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now