Chapter 75 : Kugiran

1K 77 0
                                    

Helaian kertas yang tercoret dengan nota lagu itu ditunjukkan kepada orang di depan yang duduk bersilang kaki.

"Lagu apa ni?" tanya mereka dari kugiran orkestra kolej, tunduk memeriksa kertas nota lagu yang berada di papan depan mereka.

"Lagu baru... berlatih sampai sempurna," jawab Daniel.

"Tapi senior... peperiksaan semakin dekat. Kami tak ada masa nak berlatih dan mengulang kaji pada masa yang sama."

"Buat jerlah... tak ada ruginya pun. Jangan risau. Apa yang kau orang buat ni, takkan kau orang sesalkan. Percayalah..." Daniel duduk di kerusi menghadap pianonya.

Dia membaca nota lagu yang disediakan oleh Irene kepadanya. Melihat nota itu sudah cukup untuk membuatkan dia tersenyum, apalagi setelah lagu itu dimainkan.

"Untuk apa kita berlatih lagu ni?"

"Yalah... bukannya ada persembahan atau majlis..."

Daniel menekan-nekan papan kekunci piano itu, cuba selaraskan diri dengan nota lagu yang ada di depannya.

"Kita ada masa dua hari jer untuk prepare. Jadi, lakukan sebaik mungkin..." maklum Daniel dengan serius.

Mereka memberi renungan jengkel dan keletihan.

"Tapi senior, untuk apa kami lakukan semua ni... beritahulah kami dulu," desak mereka yang sepertinya tidak mahu melakukannya.

Daniel berpaling, merenung wajah setiap mereka di situ.

"Hadiah! Hadiah terakhir untuk tenaga pengajar kita..." beritahu Daniel sebelum tersenyum nipis.

"Hadiah terakhir? Untuk siapa?"

"Dahlah... nanti aku beritahu. Sekarang ni, mainkan lagu ni betul-betul. Kalau salah... aku pelangkung kepala sensorang," arah Daniel sebelum menyinsing lengan kemejanya hingga ke siku. Telefon bimbitnya diletakkan di atas piano untuk merakam semua lagu yang dimainkan nanti.

Dua puluh lima orang ahli kelab orkestra memberi perhatian terhadap nota lagu yang ada di depan mereka. Perlahan-lahan, alunan biola kedengaran diikuti dengan tiupan seruling dan alatan muzik lain hingga piano. Alunan muzik yang harmoni dan mendayu-dayu bergema dalam dewan itu.

Semakin mereka asyik memainkan lagu itu, perlahan-lahan pelajar di situ menyedari apa yang cuba disampaikan melalui nota yang mempunyai mesej tersembunyi itu.

Mata mereka terkedip-kedip tidak percaya setelah memahami tujuan lagu itu dimainkan. Bertajuk "The Last April."

Jari-jemari yang asyik menari atas papan kekunci piano hanya mampu mengukir senyuman nipis.

Sambil memandang ke kertas nota muzik, fikiran Daniel menerawang ke perbualannya dengan Irene.

**Flashbacks**

"Madam Fiona menghidap kanser tahap 4, tak ada ubat atau rawatan yang dapat bantu dia lagi... dan sekarang dia sudah putus asa untuk teruskan hidup. Masa aku jumpa, dia tolak semua ubat-ubatan. Tapi sejak seminggu ni, dia sudah mula makan ubat. Namun, semua itu tak bertahan lama, keadaan dia semakin merosot. Sebab tu aku nak mintak tolong kau orang untuk buat kejutan. Untuk Madam Fiona. Aku nak beritahu dia yang bukan semua orang bencikan dia... aku nak dia rasa diterima... sebelum dia—"

End of flashbacks

Daniel memejamkan mata seketika sebelum menghela nafas pendek. Dia tahu Irene melakukan semua ini demi Puan Fiona, tapi hatinya berat kerana dia juga melakukan semua ini demi Irene.

Alunan orkestra itu kedengaran dari luar dewan dengan lebih kuat dan memberi semangat kepada sesiapa yang mendengarnya.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now