Chapter 16 : Kedatangan Rahsia

1.2K 97 0
                                    

"Hon! Hon!" Bunyi hon kereta yang membingitkan membuatkan orang yang sedang memejam mata bangun dari lenanya. Dia duduk tegak memandang ke arah pemandu, berkerut kening kerana berasa terganggu.

"Apa yang berlaku?" tanya Xenon kepada pemandunya.

"Ada sesuatu yang telah berlaku di depan sana, tuan muda."

Xenon kembali bersandar, matanya masih mengantuk dan badannya penat gara-gara empat jam pemanduannya.

"Haih... ada-ada saja," keluh lelaki itu.

Tidak lama kemudian, kereta itu bergerak semula. Pada masa yang sama, deringan telefon kedengaran. Deringan itu berbunyi beberapa kali sebelum diangkat dengan malas oleh Xenon.

"Hurm..." balas lelaki itu sewaktu bercakap melalui earpod yang melekap pada telinganya.

"Dah sampai belum?" tanya Kaiser dalam panggilan.

"On the way lagi ni..." Xenon memandang ke kiri, melihat ke tepi jalan di mana seorang nenek tua sedang memandang gadis yang tunduk mengutip buah di atas jalan. Matanya terpaku memandang wajah itu sehingga keretanya bergerak jauh ke depan dari tempat tersebut.

"Nanti dah sampai, call papa. Lagi satu, papa minta kamu tolonglah jangan bergaduh pula dengan anak perempuan kawan papa. Eloknya kamu berbaiklah; tak salah pun..."

Xenon berdengus kecil.

"Kalau papa tak ada apa-apa lagi nak beritahu, Xenon matikan call ni..."ugutnya. Rimas bila mendengar perkataan 'perempuan' di telinganya. Mereka semua itu hanya menjengkelkan. Serabutkan kepala otak sahaja.

"Lagi satu... papa lupa nak beritahu, mereka itu keluarga biasa, jadi semuanya kena buat sendiri. Bila kamu ada dekat sana, berdikarilah, jangan tahu nak suruh saja," pesan Kaiser.

Xenon menjulingkan mata dengan kejengkelan. Papanya suka sangat memperlakukannya seperti kanak-kanak tujuh tahun.

"Hish... tahulah. Dah... Xenon nak tidur dulu ni... penat..." pamitnya sebelum memutuskan panggilan. Sudahlah kepalanya pening, dibebani lagi, memang tak lah!

Tidak lama selepas itu, kereta yang dipandu akhirnya tiba di hadapan sebuah rumah banglo tiga tingkat dengan halaman yang sangat luas dan garaj yang berasingan. Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, pemandunya beralih ke arah bonet kereta, mengeluarkan dua bagasi darinya lalu dibawa ke sisi.

"Tuan muda, ini adalah rumahnya," maklum pemandunya.

Xenon mendongak kepala keluar dari tingkap kereta, memandang rumah itu dengan kening berkerut.

Dengan langkah yang berat, Xenon turun dari kereta. Pemandunya mengeluarkan bagasi dari bonet kereta lalu meletakkannya ke sisinya.

"Urm... kamu boleh pergi," balas Xenon sebelum menarik bagasinya dan memasuki perkarangan rumah itu.

Pagar kayu paras pinggang itu ditolak ke dalam dengan perlahan. Saat lelaki itu memijak laluan batu yang tompok-tompok, matanya terarah pada rumah bersebelahan. Kosong dan tidak berpenghuni. Dia termenung seketika apabila melihat rumah tersebut.

"Kamu dah datang..." sapa satu suara yang membuatkan dia tersentak.

Dengan pantas, Xenon menoleh dan memandang ke arah muka pintu, di mana seorang wanita yang tersenyum menyambut kedatangannya.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now