Ding!
Dong!
Bunyi loceng kedengaran dan serentak itu bunyi derap kaki menuruni tangga terdengar.
Irene muncul lengkap mengenakan dress merah jambu lengan panjang berpotongan V. Dia berdiri di depan pintu lalu menarik daun pintu ke dalam sebelum menyambut tetamu yang dikhabarkan datang untuk makan malam bersama.
Sebaik sahaja pintu terbuka, sepasang suami isteri berdiri memandangnya.
"Rumah Doktor Adriana?" tanya lelaki yang segak mengenakan kot dan bow tie hitam kepada Irene.
Irene membuat muka kebingungan, keningnya berkerut kehairanan.
"Maaf? Saya rasa tuan salah rumah..." katanya sambil membuat muka serius.
Pasangan itu memandang antara satu sama lain.
"Saya rasa alamat yang Adriana berikan betul..." ujar wanita di sisi lelaki itu.
Irene memandang pasangan tersebut dengan senyuman sambil cuba menahan ketawa.
Namun tidak lama kemudian, satu suara kedengaran dari balik bahu Irene.
"Sayang, jangan sakat tetamu kita... pelawa mereka masuk..." Adriana bersuara dari dalam, membuatkan pasangan itu terkejut memandang Irene.
Irene ketawa kecil.
"Hahaha... maaf. Selamat datang Tuan Pengarah Abraham, Puan Olivia... silakan masuk..." senyum gadis itu sambil membuka pintu dengan luas untuk dua orang tersebut.
Air muka pasangan itu berubah serta-merta apabila menyedari diri mereka telah dikenakan.
"Lah... terkejut kami... pandai kamu bergurau," ujar Olivia. "Mari, duduklah..." ajak wanita itu sambil menoleh ke belakang mengajak seseorang.
Irene yang mendengar memanjangkan leher, memandang ke belakang Olivia dan Abraham sewaktu dua orang itu melangkah masuk. Setelah Olivia dan Abraham melangkah masuk, Irene terpempan apabila melihat tetamu ketiga yang melintasi di hadapnya.
Lelaki yang kemas mengenakan kemeja biru gelap itu memandang sekilas ke arahnya sebelum berjalan mengikuti pasangan tadi. Irene menutup pintu dengan reaksi terkejut di wajahnya. Dia kemudian masuk ke ruang makan di mana mamanya sedang menyiapkan sentuhan akhir di meja makan.
Dia melihat lelaki di sisi Olivia dengan renungan tidak percaya sebelum mamanya memanggil.
"Sayang, ambilkan mama napkin dekat laci dapur sana..." minta Adriana.
Irene berlalu masuk ke dapur sebaik mendengarnya.
"Jemputlah duduk... macam mana perjalanan ke sini?" tanya Adriana dengan mesra.
"Baik-baik sahaja..." balas Abraham.
"Duduklah selesa. Rumah saya ni biasa-biasa sahaja," pelawa Adriana sambil menarik kerusi. Dia tersenyum ke arah Olivia lalu terarah kepada lelaki muda yang duduk menghadap Abraham. "Ini anak kamu ke, Olivia?"
Olivia yang baru sahaja selesa mendudukkan diri pada kerusi dibantu suaminya mengangkat kepala. Memandang ke arah anak lelakinya.
"Ya... Rex Adrian namanya."
"Ya ke? Kacak orangnya, seperti ibu bapa," puji Adriana.
Waktu itu, Irene datang dengan napkin di tangan. Dia meletakkan napkin itu di tepi pinggan setiap orang di situ dan terakhir pada lelaki yang biasanya dia nampak berambut perang dan selekeh, kini sudah menjadi hitam berkilat serta didandan dengan kemas.
"Duduk, Irene... tak perlu susah-susah..." pelawa Olivia yang kelihatan tertarik dengan Irene.
"Ini anak perempuan kamu yang selalu kamu katakan pada saya, Rian?" tanya Abraham.
Adriana yang duduk di kerusi paling hadapan meja memandang Irene lalu mengangguk.
"Ya... satu-satunya puteri saya. Walaupun dia seorang, menjaga dia ni seperti menjaga lima orang anak lelaki," ujar Adriana sambil ketawa kecil. "Irene ni lasak orangnya... dia tak seperti gadis di luar sana."
Irene membuat muka sewaktu mamanya sibuk mengusiknya dengan kisah lampaunya.
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Roman pour AdolescentsNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...