"Baik... kesemua pemain sila masuk ke gelanggang dan berada di posisi masing-masing," laung pengacara perlawanan. "Perlawanan antara daerah akan berlangsung antara Kolej Star High dan Kolej Beuxstone. Pusingan pertama adalah kalah mati. Sekiranya mana-mana pasukan kalah, mereka akan tersingkir sepenuhnya daripada pusingan kedua. Dengan itu, marilah kita sorak untuk pasukan masing-masing. Semoga yang terbaik untuk kemenangan mereka." Ucap pengacara yang membuatkan seluruh dewan gimnasium itu hiruk-pikuk dengan suara sorakan.
"Prittt!" Bunyi wisel kedengaran. Waktu itu, lelaki-lelaki lampai berjersi hitam merah mulai bergerak, membuat serangan balas, mengelak dan merampas bola dengan pantas.
Lawan mereka yang mengenakan jersi oren kuning kelihatan terdesak dan tergesa-gesa.
Ketika pemain pasukan Kolej Star High berjaya merampas bola dan cuba membuat penghantaran, secara tiba-tiba seorang pemain dari pasukan lawan datang dan menerpa pemain Star High, menyebabkan pemain tersebut jatuh tersungkur di atas lantai dalam kesakitan.
Xenon, yang perasan akan gerak permainan lawan, merenung tajam ke arah ahli kumpulannya. Dia berlari anak mendekati Niel yang bertugas menjaga sayap kanan. Sebaik sahaja tiba di sisi Niel, lelaki itu berbisik.
"Kau jangan jaga sayap bagi dekat shooter."
Niel memandang terkejut ke arah Xenon.
"Apa yang kau cuba buat?"
"Buat macam apa yang aku suruh."
Xenon berlari semula ke tempat dia, di mana Samuel sedang berdiri. Ketika itu bola berada di tangan lawan. Saat Samuel hendak bergerak, Xenon cepat-cepat menghalang, membuatkan Samuel terkejut lalu memandang tangan yang berada di lengannya.
"Asal..?"
"Kau jaga sayap kanan."
"Hah? Asal?"
"Dia orang target untuk lukakan kau... kau satu-satunya shooter pasukan ni. Kalau sesuatu berlaku dekat kau, macam mana?"
Samuel memberi renungan curiga ke arah Xenon sebelum melepaskan hela nafas pendek.
"Aku harap kau tahu apa yang kau buat."
Waktu itu, pemain lawan kebingungan apabila perhatian mereka beralih akibat perubahan kedudukan pemain secara tiba-tiba. Dalam kebingungan itu, pasukan Star High berjaya memperoleh mata sebelum mereka.
"Sh*t! Apa yang kau orang tengok tu? Gerak la!" arah kapten pasukan itu dengan lantang.
Ketika itulah permainan menjadi lebih tegang. Mereka semakin lama semakin mengasari pemain Star High. Apa yang peliknya, pengadil sama sekali tidak ambil peduli tentang tindakan yang berlaku di depan mata, malah menyalahkan pemain Star High tanpa sebab.
Di tempat duduk penonton, Irene yang melihat semua itu memandang dengan penuh benci. Bukan kali pertama dia melihat perlawanan dengan taktik kotor itu, dan tidak semuanya berakhir dengan baik.
Gadis itu bangun dari tempat duduknya lalu beredar dari dewan tersebut.
Tetamu 'kesayangan' kolej mereka ini perlu menerima sambutan meraikan kemenangan awal-awal dahulu.
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Novela JuvenilNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...