Chapter 43 : Fobia

1.1K 98 1
                                        

Kilat sambar menyambar, langit malam yang biasanya tidak berawan kini gelap diselubungi awan, menyembunyikan bintang-bintang.

Cahaya saling lintas di dalam kepulan gelap bersama deru angin yang membawa khabar hujan lebat akan tiba.

Rumah tiga tingkat yang terletak di taman perumahan High Residensi Diamond gelap tidak bercahaya. Hanya cahaya dari bilik tidur yang ternyala.

Di penjuru katil, seseorang sedang berkelubung dalam selimut sambil memeluk bantal golek. Dia menyorok di balik bunyi guruh dan petir yang saling sambar menyambar seolah-olah sedang berperang.

Telefon bimbit yang tergeletak sepi di atas katil dipandang sepasang mata yang berada dalam bungkusan selimut tersebut.

"Mama... mama... tolong Irene... tolonglah, kilat banyak dekat luar..." nangis Irene yang begitu takut dan lemah semangat setiap kali mendengar bunyi kilat dan dentuman guruh. Air matanya membasahi pipi.

Disebabkan fikirannya membayangkan pelbagai kemungkinan sekiranya dia memegang telefon sewaktu kilat, dia gerun hendak memegang sebarang peralatan elektronik pada masa itu.

KEDEGUM!!!

"MAMA!! Irene takut... mama!!!!!" jeritnya sekuat hati apabila bunyi dentuman kuat dan petikan petir kedengaran. Selimut itu terus ditutup menyelubungi badannya.

Bunyi pintu bilik terbuka, Xenon dengan buku tebal di tangan menerpa masuk. Dia memandang kiri dan kanan mencari sesuatu.

"Asal... ada apa? Tikus? Hah? Pencuri? Apa?" tanya Xenon sambil melihat sekeliling.

Lalu dia terpandang tangan yang terjulur keluar dari bungkusan selimut, menunjuk ke arah sliding door beranda.

Buku tebal yang mahu dijadikan senjata itu diturunkan ke sisi.

"Apa yang kau buat atas lantai tu, Irene?" tanya Xenon. Dia memandang jari telunjuk Irene yang terarah pada sliding door. "Kenapa dengan sliding door tu?"

Xenon bergerak ke arah sliding door, di mana cahaya kilat jelas kelihatan terpancar melalui pantulan kaca tersebut. Dia melihat keluar sebelum menarik langsir untuk menutup pemandangan itu.

"Ada apa? Kenapa kau menjerit?" lelaki itu melutut di depan bungkusan itu. Dia melihat bungkusan yang menggigil seperti ketakutan.

Perlahan-lahan, jari jemari itu mengenggam kain selimut dan menariknya, mendedahkan orang yang duduk memeluk kedua-dua kaki dengan kepala tunduk memandang ke bawah.

"Kenapa ni?" kening lelaki itu berkerut.

Irene takut-takut mengangkat kepala. Dia memandang gerun ke arah jendela dan sliding door.

"Kilat... saya takut kilat... mama pula tak ada, huhuhu..." nangis gadis itu dengan sedih. "Saya nak mama saya..."

Xenon tersenyum nipis, terduduk dia di depan Irene kerana lega dan terkejut pada masa yang sama. Ingatkan ada sesuatu buruk berlaku pada Irene.

"Aku ingat apa tadi, buat terkejutlah kau ni... lagipun kilat tu takkan apa-apakan kau," pujuk Xenon dengan senyuman di bibir.

KEDEGUMMMM!

Bunyi kilat menyambar disertai dengan deguman guruh. Membuatkan Irene melompat dan memeluk badan Xenon, menyembunyikan muka ke dada lelaki itu.

"Mereka menakutkan saya! Macam mana saya nak tidur malam ni... kalau papa ada, dia mesti temankan saya... ni mama tak ada, papa pun tak ada... buatlah sesuatu tentang kilat tu!" nangis Irene seperti kanak-kanak kecil ketakutan.

Xenon memeluk tubuh Irene, menggosok belakang badannya dengan perlahan.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang