Chapter 68 : Marah

1K 93 0
                                        

"Budak bertuah! Apa kamu fikirkan, hah? Terjah macam tu? Macam mana kalau mereka ada senjata? Pistol? Pisau? Tak ke cari maut namanya tu!" bebel Adriana sambil mencekak pinggang. Dia berdiri menghadap orang yang melutut dengan kedua-dua tangan di atas.

"Memang bertuah kamu ni! Suka sangat timbulkan masalah, sikit pun tak pernah fikir!"

Xenon hanya mampu berdiri di tepi pintu masuk ruang tamu. Dia tidak berani campur urusan keluarga Irene dan berdiri dengan tangan disilang di dada.

Adriana melepaskan keluhan letih.

"Mama tahu apa yang kamu buat tu untuk selamatkan orang… tetapi pernahkah kamu fikirkan tentang keselamatan kamu dulu? Macam mana kalau kamu dicederakan oleh mereka lebih teruk? Macam mana kalau sesuatu buruk berlaku? Apa mama nak beritahu papa kamu?" luah Adriana lagi.

Irene hanya mampu tunduk memandang ke bawah, tidak tahu bagaimana nak bercakap. Setiap kali dia cuba buka mulut, mamanya pasti akan memintas.

"Di kolej, di rumah, di luar... semua tempat kamu nak cari masalah. Semuanya kamu nak libatkan diri, tak fikir ke tentang mama dengan papa? Perasaan kami, sekiranya sesuatu berlaku kepada kamu... Dah besar panjang pun tak boleh nak fikir?"

Wanita itu terduduk di sofa single seat, memegang kepala dengan mata terpejam. Pening kerana darah naik secara tiba-tiba ke kepala.

Irene terus menurunkan tangannya dan merangkak mendekati Adriana. Gadis itu memegang lutut Adriana dengan kening mencerun.

"Mama... janganlah marah lagi," minta Irene perlahan. "Irene minta maaf..." ucap gadis itu takut-takut hendak memegang tangan mamanya.

Adriana mengangkat kepala, membuka mata untuk melihat wajah anaknya yang sudah lebam dan bertampal plaster di bibir sebelah kiri. Sedih melihat anaknya sakit begitu. Sebagai seorang doktor, banyak kali dia melihat orang sakit dan mati, membuatkan dia takut sekiranya semua itu berlaku pada ahli keluarganya sendiri.

"Irene janji lepas ni Irene akan hati-hati. Jadi mama, janganlah marah-marah, nanti mama cepat tua..." muncung Irene. "Ya? Jangan marah ya?" Irene membuat muka comel, kepalanya dilentokkan di atas tangan kanan yang berada di riba Adriana.

Adriana tersenyum nipis.

"Tua? Kamu kata mama tua?"

"Yalah, kalau kuat marah, tualah..."

Kepala itu diusap lembut oleh Adriana dengan kasih. Wanita itu tersenyum sambil memandang wajah anak perempuannya.

Begitu juga dengan Xenon yang memerhati. Dia kagum dengan Irene. Tidak kira apa sekalipun situasi, gadis itu pasti akan tersenyum.

"Jangan buat mama risau lagi, faham? Papa kamu akan pulang tak lama lagi. Jadi mama tak nak dia balik dalam keadaan risau..." pesan Adriana perlahan.

"Okay, bos..." Irene mengangkat kepala lalu memberi tabik hormat.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang