"Daniel..kau pergi kafe dulu..belikan aku makanan nanti aku datang..."minta Irene.
Daniel bangun dari kerusi sambil menyandang beg ke bahu.
"Okay...kau Samuel nak apa-apa tak?"tanya Daniel kepada Samuel yang duduk di sebelah Irene.
"Aku okay..kau pergi dulu..aku datang kemudian.." balas Samuel.
Irene yang dengar hanya duduk bersandar pada kerusi, memandang ke depan podium dengan renungan dingin.
Daniel mengangguk kepala dan beredar dari situ. Meninggalkan dua orang itu bersama.
Tidak lama selepas itu dewan kuliah itu lengang dan hanya ada mereka berdua sahaja. Samuel bergerak menghadap Irene yang duduk bersilang tangan di dada. Tahu yang kawannya ini sedang marah.
"Irene."panggil Samuel.
"Apa!"balas Irene dengan nada orang marah.
"Sumpah aku tak tahu apa yang berlaku...masa kau call tu baru aku tahu. Kau janganlah layan dingin aku macam ni..pelik tahu tak.."."jelas Samuel."Aku sendiri tak sangka mama aku tetiba buat keputusan tu.."
Irene memalingkan kepala Samuel. Dia pandang tidak puas hati ke Samuel.
"Dah tu?"soal Irene dengan muka marah.
"Masalahnya sekarang sampai ke hari ni dia asyik desak aku untuk panjangkan isu ni dengan family kau lepas exam nanti. Aku dah cakap dengan dia sunguh-sungguh yang aku tak setuju. Tapi dia desak aku juga. Kau janganlah bencikan aku.."
Irene mengangguk kepala.
"Okay...Kalau macam tu kita jangan berhubunglah lepas ni. Jarakkan diri. Untuk tunjukkan kepada mama kau yang kita ni bukan seperti apa yang dia fikirkan...."
Samuel tersentak, terus dia pegang lengan Irene.
"Eh...Janganlah sampai macam tu sekali." bantah Samuel.
"Kenapa pula macamlah kau hairan kalau jauhkan diri dari aku. Bukannya kita ni ada apa-apa.." sentap Irene.
Samuel mendiamkan diri, dia memandang sedih ke arah Irene.
"Mulai hari ni kita jangan jumpa atau berhubung.." arah Irene dengan tegas.
Samuel terus menggeleng kepala. Mencengkam tangan Irene sambil membuat muka tak nak.
"Janganlah Irene..."minta Samuel dengan terdesak. Samuel tunduk memandang ke bawah sebelum memandang bersalah ke arah Irene. "Fine...malam masa kau datang makan malam tu dia ada tanya aku sama ada aku ada perasaan dekat kau...so aku jawab lah apa yang aku rasa...tapi sumpah aku tak tahu yang dia akan datang rumah kau dan ajukan hal perkahwinan tu.."
Mulut Irene ternganga sebaik mendengarnya.
"Apa?Kau?"gadis itu hilang kata-kata sebaik mendengarnya. Tidak menjangka hal itu!
Samuel memandang takut ke arah Irene.
"Sebab tu aku diamkan...tak nak kau marah macam ni. Aku tahu kalau kau tahu aku suka kau..kau mesti akan jauhkan diri dari aku. Aku tak boleh kalau jauhkan diri dari kau...l...aku minta maaf Irene...aku tak sangka mama aku akan datang rumah macam tu sekali..."jelas Samuel dengan terdesak.
Irene mengurut dahi, keluhan demi keluhan dilepaskan dari mulut itu.
"Oh..Samuel..apa kau dah buat..."keluh Irene.

YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...