Meja makan mewah milik keluarga Encik Howard tersusun indah dengan hiasan dan makanan enak. Keadaan tenang itu ditemani dengan dentingan garpu dan pisau yang saling berlaga pada pinggan sewaktu mereka di situ sedang menjamu selera. Xenon bersebelahan dengan Kaira. Sementara Encik Howard di kepala meja dan isteri beliau berada di samping seberang meja menghadap Kairi.
Keempat-empat mereka sekarang sedang menikmati entree selepas dessert sebentar tadi.
Masing-masing dengan riak senyum dan senang hati kecuali Xenon di situ. Renungannya kosong dan kelihatan tidak betah untuk duduk lama-lama di situ.
"Oh ya...Xenon..macam mana dengan rancangan petunangan kamu dengan Kaira?Bila akan dilangsungkan?"tanya Encik Howard.
Terhenti terus tangan yang sedang mengerat makanan dibuat soalan itu. Dengan perlahan-lahan Xenon mengangkat mata ke Encik Howard. Rahangnya berketik.
"Pertunangan?"tanya Xenon.
"Yalah...kan kita dah bincang perkara ni sebelum kamu ke luar negara kan?"tanya Howard. "Takkan dah lupa? Ayah kamu sendiri yang beritahu, sekiranya saya jadikan ayah kamu sebagai pemegang saham utama syarikat saya, dia akan jodohkan kamu bersama Kaira. Tak begitu?"
Lucu. Antara ramai-ramai mangsa dia, keluarga Howard adalah antara yang paling dungu dan berfikiran cetek ketika membuat keputusan.
Gelas berkaki yang terisi dengan air kosong disisip sedikit oleh Xenon sebelum lelaki itu menarik senyumam nipis. Dia tak tahu nak mula dari mana. Tapi nak buat apa lagi kan bila hal ini telah diungkit. "Mm...tentang hal tu saya langsung tak tahu menahu mengenainya. Apa saja deal yang tuan telah buat bersama dengan ayah saya bukan dibawah tanggungjawab saya. Jadi saya tak pernah bersetuju pun mengenai perjodohan ni..."beritahunya bersahaja tanpa rasa serba salah sedikitpun.
Kaira memalingkan kepala ke Xenon, matanya terbutang sebaik mendengar kenyataan itu. Pisau dan garfu yang ada di tangan digengam kuat. Apa yang dia baru dengarkan tadi?
"Apa maksud kamu?Pakcik dah tandatangan perjanjian dengan papa kamu memandangkan kamu ingin bertunang dengan Kaira?"tanya Encik Howard dengan kening mencerlung tidak percayanya. Berdegup sakit urat nadinya kerana begitu tertampar.
Xenon memandang bosan ke Emcikl Howard. Merasakan dia hanya membuang masa saja lama-lama di situ.
"Cadangan tu dibuat sebelum pakcik buat perjanjian kan...jadi dalam hal ni bukan salah saya, pakcik sendiri yang tandatangan perjanjian pindah hak milik tu.."seloroh Xenon dengan nada tidak berhati perut.
"Kamu jangan main-main Xenon..."
"Awak apa yang sedang berlaku ni?Kenapa awak tak jadi bertunang dengan saya?" sampuk Kaira yang tidak dapat menerima semua ini. "Xenon..." lengan Xenon di pegang kuat.
Lelaki itu berpaling memandang ke arah Kaira, sebelum tunduk memandang tangan yang berada di lengannya lalu ditolak ke tepi. Dari awal semua ini hanya scam yang dia lakukan bersama ayahnya. Dan tidak pernah sekali dia serius dalam hubungan mereka ini.
"Aku dah tak ada perasaan dekat kau sebab tu..." luah Xenon dengan perlahan. Dia kemudiannya berpaling memandang ke arah Howard. "Dan...apa yang papa saya ambil adalah apa yang pakcik pernah ambil dari mama saya..."ujar Xenon dengan renungan dingin.
Encik Howard terkedu, lelaki itu bungkam memandang Xenon.
"Apa maksud kamu?"tanya Encik Howard yang sedaya upaya mengawal diri dari melenting dan naik angin di situ.
"Pakcik kenal siapa Luisa Eline?"tanya Xenon. Terus pucat lesi muka Howard dibuatnya. "Ya...orang yang pernah pakcik tipu...bolot semua harta dia dan rampas segala hak milik dia...pakcik ingat lagi tak?tanya Xenon.
Bebola mata Kaira berkaca, bergerak dalam keadaan takut dan terkejut. Tak mungkin!
"Si-siapa kamu sebenarnya?"
Takkan itupun nak ditanya lagi. "Serius pakcik nak tahu siapa saya?"
Kairi yang tidak mengerti apa yang sedang berlaku di meja makan itu silih ganti memandang Encik Howard dan Xenon. Dia cuba mendapatkan penjelasan dari mana-mana mereka, namun mulutnya kelu terkunci kerana begitu terkejut.
"Kamu anak dia?Anak Luisa?"soal Encik Howard lagi. "Tapi-"
"Saya rasa urusan kita dah selesai. Dan tiada apa-apa lagi yang ingin saya katakan pada pakcik. Sejujurnya apa yang berlaku antara saya dan Kaira hanyalah sebahagian daripada rancangan saya untuk menjatuhkan keluarga ini bagi menuntut bela ke atas penganiayaan mendiang ibu saya."
"Xenon!tengking Kaira yang bangun dari duduknya. Dia tunduk memandang tepi wajah Xenon bersama air mata bertakung di mata."Apa yang awak katakan ni....sampai hati awak mainkan perasaan saya macam ni, saya cintakan awak sepenuh hati dan saya fikir awak pun begitu tapi kenapa macam ni pula?"
Xenon bangun dari duduknya. Dia tidak menghiraukan kata-kata Kaira. Apa yang penting semua rancangannya berjalan seperti yang dirancang.
Dan melangkah saja Xenon keluar dari kediaman itu, mereka semua bukanlah sesiapa buat dia lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Novela JuvenilNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...