100.

2.8K 150 51
                                    

Empat lelaki lampai berdiri menghadap makam dimana jambangan bunga dandelion putih tergeletak di sebelah bingkai gambar. Gambar dimana dua orang lelaki mengucup pipi gadis yang berdiri di tengah dengan pakaian graduan masing-masing.

Batu peringatan yang tertarah nama 'IRENE BAE 1996-2018' di pandang empat lelaki yang berdiri menghadap kubur tersebut.

Daniel bercakung di depan kubur itu sambil membersihkan daun dan rumput liar yang tumbuh disekitar batu nisan tersebut.

"Hai...selamat hari lahir. Hari ni anak perempuan aku selamat dilahirkan. Sama tarikh lahir dengan kau...so aku namakan dia sempena nama kau..."ucap Daniel sambil menguis rumput dari nisan itu.

Samuel termenung, mengingat kembali sewaktu Irene rebah pada hari graduasi mereka. Tiada siapa menyangka gadis itu akan pergi meninggalkan mereka pada hari itu juga.

Siapa sangka senyuman terakhir yang mereka lihat itu adalah salam terakhir dari Irene untuk mereka.

Mama kepada Irene telah maklumkan bahawa Irene menghidap kanser lymphoma tahap 4 pada mereka sewaktu Irene di bawa ke hospital. Orang yang selalu tersenyum ini rupa-rupanya bertarung nyawa selama setahun lebih seorang diri. Tanpa diketahui oleh sesiapa, Irene tanggung sakit tu sendiri.

Mengenangkan hal itu membuatkan Samuel marah, kecewa dan paling teruknya dia sedih.

Xenon menyeluk saku sutnya lalu mengeluarkan sebuah kotak cincin lalu tunduk meletakkannya di atas batu nisan itu.

"Hadiah untuk kau Irene..selamat ulang tahun kelahiran..."ucap Xenon perlahan. Dia berdiri memandang gambar yang ada di bingkai itu dengan hati retak seribu. Dia mengetahui pemergian Irene sewaktu dia lawat ke rumah gadis itu sebulan selepas dia bertolak ke Kanada.

Rex termenung memandang kubur itu. Sehingga ke hari ini dia masih belum dapat move on sejak mendengar berita kematian Irene dari bapanya sendiri selepas tiga bulan di Itali.

Berita itu amat mengejutkannya sehingga membuatkan dia murung selama tiga tahun. Dan mujurlah dia dapat move on semula dengan mengenangkan kenangan dan perasaannya terhadap Irene.

Ketika mereka semua tenggelam dalam perasaan masing-masing. Satu suara menyapa dari arah belakang.

"Kau orang semua ada dekat sini?"tegur satu suara dari kanan. Suara itu membuatkan keempat-empat kepala yang ada di situ menoleh dengan serentak.

Lelaki lampai bersusuk sasa berdiri bersama seorang wanita di sisi di pandang mereka berempat.

Ethan bersama isterinya Amanda yang sedang sarat mengandung jalan mendekati mereka.

"Ethan?Apa kau buat dekat sini?" tanya Rex. Lelaki itu kelihatan hendak marah taktala melihat Ethan.

Ethan menarik senyuman nipis."Amanda ni..beria sangat nak lawat...aku bawalah dia ke sini.."jawab Ethan sambil memimpin Amanda menghampiri kubur itu.

Wanita itu kemudiannya tunduk meletakkan sebatang bunga ros pada jambangan bunga Samuel.

Amanda tunduk memandang kubur itu. Sewaktu empat lelaki di situ pandang tak puas hati ke Ethan.

"Berani kau tunjuk muka dekat sini...bukan ke kau yang putuskan hubungan dengan Irene?" tuduh Samuel.

Ethan yang dengar menarik senyuman nipis di bibir. Hatinya ikut turut bersedih, namun begitu tiada apa-apa yang dia dapat lakukan sekiranya itu adalah keputusan Irene sendiri.

"Aku dah tahu dari awal yang dia sakit..."luah Ethan yang membuatkan kesemua mereka di situ membutang mata ke arahnya. "...dia cakap dia tak nak bagi harapan dekat aku dan lukakan hati aku sekiranya dia pergi suatu hari nanti."

Ethan memandang wajah setiap orang yang ada di situ dengan senyuman sedih di bibir.

Amanda memegang lengan Ethan. Mengusap perutnya yang sedang sarat dengan lembut.

"Percayalah...perasaan yang kau rasai bila ditinggalkan Irene tu tak seteruk yang aku rasakan..."ujar Ethan. "Dia putuskan hubungan tu masa aku sayangkan dia...dan paling teruk aku tahu dia sakit tapi aku tak dibenarkan berada di sisi dia...Sebab tu dia lepaskan aku...lepaskan kau orang dari awal dengan tidak memberi harapan supaya kau orang takkan terluka dan mengharapkan cinta dia lebih panjang. Sekiranya dia ada lukakan hati kau orang dengan kata-kata dia...percayalah...apa yang dia cuba lakukan adalah demi kebaikan kau orang."ujar Ethan dengan perlahan.

Ethan mengerling ke Xenon. Dia kemudiannya tersenyum saat melihat wajah tegang dan tidak bertenaga milik Xenon.

"Sebelum Irene pergi, dia sempat bagi pesan dekat aku untuk semua yang ada di sini."Ethan memegang tangan Amanda untuk dapatkan semangat.

Semua mata di situ terarah pada Ethan. Memandang terkejut ke Ethan.

"Terima kasih untuk semuanya..." ucap Ethan sambil tersenyum.

Amanda yang dengar hanya memandang sedih ke kubur Irene. Melihat wajah tersenyum di bingkai gambar itu benar-benar merenggut hatinya.

Semua yang ada di situ tunduk meratap kesedihan masing-masing.

Daniel tunduk mengepal penumbuk dikedua-dua belah tangan sewaktu bahu lelaki itu menggeletar.

Samuel memandang sedih ke kubur.

Xenon memandang sekilas ke kubur itu sebelum berlalu dari situ dengan mata kemerahan.

Rex sudahpun jatuh melutut di depan kubur itu sebelum menekup kedua-dua muka dengan tapak tangan.

Amanda dan Ethan saling mendapatkan keselesaan memeluk antara satu sama lain saat menatap kubur tersebut.

~TAMAT~

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang