Chapter 8 : Doktor

1.3K 106 0
                                    

Suasana kawasan hospital private pada tengah hari itu sibuk dengan kunjungan pesakit dan pelawat ke situ. Dari laman hospital hingga di dalam wad pesakit semuanya tidak lepas dari kesibukan para petugas perubatan dan doktor ke hulu hilir melakukan sesuatu.

Pada tengah hari itu juga Irene adalah seorang daripada pengunjung di situ. Kebetulan pula dia memang sudah biasa ke hospital. Maka tidak mengambil masa yang lama untuk dia dapatkan rawatan untuk Timmy.

What a pain!

Mata bundar berbulu mata lentik itu tidak berkedip ketika meneliti hasil x-ray yang baru sahaja diterima. Serius beritahu dia tak faham sangat nak membaca hasil hitam putih tulang ni. Apa dia tahu kalau tak ada yang patah atau kurang kira okay la kan?

Seusai menelitinya barulah dia mengerling akan doktor wanita bersanggul kemas di belakang meja kerja.

                "Beritahu, apa yang telah berlaku sebenarnya?Adakah kamu terlibat dalam masalah hingga menyebabkan seseorang cedera begini Irene Bae?"

                "Dia cedera teruk ke?"Irene mendalih, enggan menjawab pertanyaan itu. "Ada internal bleeding?"

Doktor yang berada di depannya menyilang tangan ke dada. Kening mencerlung tidak puas hati dibuat kerenah acuh tak acuh Irene.

                "Kenapa kamu kena jawab soalan dengan soalan?Susah ya nak jawab bila ditanya?"soal doktor yang mengenakan nametag 'Adriana Winter' pada jubah putih itu bernada jengkel. "Kamu belasah dia ke Irene?"

Irene melepaskan hela pendek. Leceh la nak menjawab. Nanti sekali di jawab ditanya lagi. Sampai ke sudahnya sesi soal menyoal ini tidak akan berakhir.

                "Just tell me. Is it serious?Is he in trouble?"desak Irene pula.

Doktor wanita itupun menggeleng kepala. Keluhan mengalah lepas dari bibir sesaat selepas itu.Malas hendak terus berbalah. Tambah-tambah pula orang yang sedang di ajak berbicara adalah Irene, bukan orang lain.

                "Tak...tak serius mana pun. Cuma lebam jer...nasib baiklah badan dia berotot jadi tak ada keretakan tulang berlaku."jelas Doktor Adriana dengan mendatar. "Dia pengsan mungkin kerana rasa sakit yang dirasai."

Tanpa berlengah Irene kemudiannya bangun dari situ.

                  "Kalau macam tu Irene minta diri dulu. Terima kasih untuk waktunya.."pamit Irene begitu sahaja.

                  "Mama belum habis bercakap dengan kamu Irene.."keluh Doktor Adriana dengan riak tidak percaya bila melihat anaknya berlalu pergi begitu saja. "Kamu tak terlibat dalam masalah di kolej kan?"laungnya di belakang tepat semasa Irene menutup pintu pejabatnya.

Kemudiannya Irene mengatur langkah untuk ke wad dimana Timmy menerima rawatan. Namun sebaik sahaja dia tiba di dalam wad tersebut, katil pesakit itu kosong. Tiada orang pun berada di situ.

Aik?Lesap dah?

Terpinga-pinga sekejap Irene depan katil kosong itu. Speechless sebab tidak menyangka yang Timmy akan pergi begitu saja tanpa berjumpa dengan dia. Selepas apa yang dia kena lalui semata hendak membawa lelaki tu ke hospital, Timmy pergi macam tu aje?

                 "Maaf nurse...mana pesakit yang ada dekat katil ni?tanya Irene kepada seorang dari jururawat yang kebetulan lalu di situ.

Jururawat itu menjengah kepala melihat ke dalam bilik wad tersebut lantas menggeleng.

                  "Maaf cik...saya tak tahu..."

Irene melepaskan keluhan, dia kemudiannya cuba mencari Timmy disekitar hospital. Tapi sayang kelibat mahupun bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan di mana-mana.

                  "Buat orang risaulah...mana pula dia pergi. Tak tahu ke keadaan dia masih lemah lagi..."keluh Irene sendirian.

Brit!

Brit!

Brit!

Getaran dari dalam poket seluar skinnynya menyentak lamun Irene.   Dia lekas-lekas mengocek telefonnya dan panggilan itu terus dijawab.

               "Ya."balasnya sambil melihat sekeliling luar bangunan hospital sewaktu menguak rambutnya ke belakang kerana frust dengan situasi itu. Jangan sampai lelaki tu muncul depan dia lagi. Kalau Timmy berani tunjuk muka dia, memang mendapat la lelaki tu dengan dia nanti!

               "Di mana kamu...papa dah sampai rumah,..kamu belum pulang lagi...dah pukul berapa ni Irene?"bebel papanya dalam panggilan.

                "Ada dekat hospital ni.."balas Irene.

                "Kenapa kamu ada di situ...sesuatu terjadi pada kamu ke?" tanya papanya dengan nada cemas.

Irene memejam mata seketika sebelum dibuka semula. Papa dia ni kan risau tak patut-patut la. Relaks sudah. Kalau sesuatu berlaku pada dia, mana mungkin la dia boleh buat panggilan.

                 "Tak....Irene okay la...nanti Irene balik dengan mama."maklum Irene dengan perlahan.

                "Okay...kalau ada apa-apa beritahu papa..."

                "Ya...balasnya sebelum memutuskan panggilan.

Keluhan berat dilepaskan sebelum dia masuk ke dalam bangunan hospital semula. Lantak la situ. Buat apa dia peningkan kepala untuk risaukan Timmy kalau lelaki tu sendiri tak peduli untuk berterima kasih pada dia.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now