Pintu bilik tidur itu terbuka apabila seorang lelaki lampai berjalan masuk. Dia mendengar suara ketawa dan bising ketika mendekat.
Dulang berisi seteko air, tiga cawan, dan sepinggan biskut diletakkan di atas meja kerjanya sementara orang itu seronok bermain di atas katilnya.
"Wah... bestnya!" jerit orang itu sambil melompat di atas katil saiz king.
"Turunlah! Kau ingat kau budak lagi ke? Turun sekarang!" arah Daniel yang mencapai tangan Irene dari tepi katil dan menariknya turun.
"Alah... spoil lah..." Irene melompat turun dari katil itu dan bergerak ke arah meja kerja Daniel.
Dengan kedua-dua tangan berada di belakang, Irene tunduk memeriksa bingkai gambar yang tersusun rapi di atas almari dan meja belajar Daniel.
Semua gambar itu adalah gambar Daniel bersama ibubapanya. Daniel, sebagai anak tunggal dalam keluarga tersebut, menjadikan semua gambar di situ tentang dirinya sahaja.
Dari tadika, remaja, tamat sekolah tinggi, hingga posing separa bogel di depan pantai dengan surfboard di tangan, serta beberapa gambar bersama ibubapanya.
"Kau nak apa datang rumah aku ni? Semak je." sungut Daniel sambil duduk di atas katilnya, memandang Samuel yang sedang duduk di sofa sebelah meja belajarnya, tunduk menghadap telefon dan sibuk bermain game Mobile Legend.
Samuel menjuih dagu ke arah Irene.
"Tanya madam besar ni... dia yang suruh aku datang rumah kau..." jawab Samuel tanpa menoleh.
Irene yang duduk di kerusi meja kerja Daniel memusingkan kerusi itu menghadap Daniel dan memandang rakan lelakinya itu.
"Aku datang ni sebab nak minta tolong..."
Kening Daniel berkerut.
"Apa bendanya..." Daniel memandang Irene yang seronok berpusing kanan dan kiri di atas kerusi, membuatkan dia yang melihat menjadi pening.
"Madam Fiona sakit..." luah Irene sambil memusingkan kerusi itu ke kanan dan kiri dengan gembira.
Samuel mengangkat kepala, manakala mata Daniel terbelalak.
"Sakit? Sakit apa?" tanya Samuel.
Irene tidak menjawab, gadis itu sedang asyik berpusing-pusing di kerusi.
"Irene... Madam Fiona sakit apa?" tanya Daniel pula.
Irene mendongakkan kepala. "Dia sakitlah... apa lagi..." Dia terus berpusing, membuatkan dua lelaki yang memerhati sejak tadi itu berasa jengkel.
Lalu, dengan serentak, kedua-dua lelaki itu bangun dari tempat masing-masing, berjalan mendekati meja belajar, dan memegang lengan kerusi untuk menghalang Irene dari terus berpusing.
Sebaik sahaja kerusi itu dipegang, kepala Irene tertunduk memandang ke bawah kerana pening.
"Beritahu aku... apa yang berlaku dekat Madam Fiona?" Samuel tunduk memandang Irene, bercangkung di depan kaki gadis itu.
Irene mengangkat kepala. Gadis itu tersenyum semasa memandang Samuel dan Daniel yang bercangkung di depannya.
"Oh... pening kepala aku..." Irene menggosok mata.
"Wei... kau ni serius boleh tak?" Daniel mengoyangkan kerusi itu.
Samuel melutut sebelah kaki apabila dia perasan ada yang tidak kena dengan Irene.
"Wei... kau menangis ke?" tanya lelaki itu, pertama kali melihat manusia yang suka tersenyum ini menitiskan air mata.
Irene tersenyum sambil air mata mengalir turun dari kelopak mata. Pipi gadis itu kemerahan.
"Mana ada... pening je..." dalih Irene dengan air mata masih bercucuran ke pipi.
Daniel yang melihat berkerut kening. Dia turut melutut sebelah kaki seperti Samuel.
"Kau nak aku buat apa?" tanya Samuel dengan wajah risau.
Irene memandang Daniel dengan mata yang basah. Suara serak menangisnya kedengaran lirih di telinga kedua-dua lelaki itu.
"Happy kan seseorang..." sebut Irene sambil melirik dua wajah di depannya dengan senyuman sedih.
Samuel dan Daniel saling berpandangan.
"Tolong aku... kali ni je aku minta tolong..." air mata mengalir turun ke pipi Irene semasa dia masih tersenyum.
Secara nalurinya, kedua-dua lelaki itu menghulurkan tangan dan memeluk Irene serentak. Irene merehatkan dahinya di antara bahu Daniel dan Samuel sementara tangan kanannya dan kirinya melingkar di sekeliling bahu mereka.
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...