Ketika Xenon mengemas lokarnya, dia di datangan ahli kumpulan bola keranjang. Disebabkan lokar mereka pun saling bersebelahan, maka semua yang ada di situ nampak la Xenon sedang mengemas. Hairan-hairan mereka menyapa kapten pasukan mereka itu.
"Woah..wassup capt!"
"Apa ni?Kemas lokar ke?"
Masing-masing menjengah kepala ingin tahu.
"Kau kemas lokar?Kenapa?"
Tiada kata yang Xenon boleh beritahu ketika itu. Sebab dia tiada mood hendak kongsikan segalanya kepada orang lain. Terutama sekali masa dia nak pindah keluar.
"Saja. Mengemas. Aku rasa semak dengan lokar aku.."jawabnya mahu tak mahu.
Mereka pun mengangguk kepala. Setelah itu mula sibuk dengan lokar masing-masing. Ada yang mengambil barang keluar, ada yang menyimpan barang, ada yang meletakkan barang ke lokar.
Selesai mengemas semua dari dalam lokar, Xenon tutup penutup kotak lalu diangkat. Dia baru aje nak bergerak pergi semasa seorang rakannya menegur.
"Kau join tak makan-makan nanti dekat restoran depan fakulti kita nanti Xenon?"
Kening Xenon terangkat sewaktu memandang rakannya itu. Dia terkejut sebab baru aje niatnya nak pergi dari situ dari disedari sesiapa. Rupanya ketahuan jugak.
"Tak kut...sebab aku ada kerja nak buat. Kau orang pergi la dulu."
"Eh...jangan la macam tu, kau asyik reject aje offer kita orang...dah berapa kali ni?"
"Entah tu....bila nak lepak dengan kita orang kalau kau asyik terperuk dengan kerja-kerja kau tu.."
"Jom la...tak lama pun.."
Seloroh mereka di situ buatkan Xenon mengetap gigi menahan sabar. Dia mula kerimasan kerana taknak terus berpura-pura mesra di hadapan mereka. "Tengok la nanti. Kalau aku sempat aku datang."lambainya semasa berpaling dari situ.
Ugh!
Dia menjuling mata.
Brit!
Brit!
Brit!
Telefon dalam poket belakang seluar jean bergetar-getar. Memberitahu Xenon ada panggilan masuk. Dia pun apalagi, cepat-cepat pegang kotak sebelah tangan, sebelah lagi mengocek keluar telefonnya. Dan bila dia lihat ke skrin, 'ayah' tertera di situ.
Untuk beberapa saat dia teragak-agak hendak menjawabnya, namun selepas itu dia sentuh butang hijau. Menerima panggilan itu dalam terpaksa.
"Ya?"
"Kamu dimana sekarang?"
"Baru keluar pejabat?kenapa?"
"Nanti balik terus ke rumah. Jangan ke mana-mana."
Well here we go for nothing. Disebabkan dia tahu situasi akan jadi macam ni la dia tak pernah setuju untuk hang out dengan mana-mana teman kuliah yang lain. Sebab ayahnya ini begitu mengongkong akan pergerakkan dia.
"Tahu."
"Macam mana dengan urusan pertukarana kamu, dah diselesaikan sepenuhnya?Kamu ada minta semua dokumen peribadi kamu dari mereka kan?"
"Dah. Settle semua."dia berjalan menuju ke arah pintu utama lobi untuk keluar bangunan.
"Bagus. Kamu ingat bukan yang kamu akan berangkat awal nanti?"
Keningnya berkerut.
![](https://img.wattpad.com/cover/184698489-288-k631246.jpg)
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...