92.

1K 75 0
                                    

Kediaman Adriana...

"Ohh..Xenon..kenapa kamu ada di sini??"tanya Adriana di depan pintu. Memandang pelik dengan kehadiran lelaki di depannya.

"Hai aunt, maaf sebab menganggu. Saya datang sebab tertinggal barang..."jawab Xenon.

Adriana mengangguk kepala lalu memberi laluan untuk Xenon masuk ke dalam rumah.

"Ambillah masa kamu...aunt ke dapur dulu." pamit Adriana sebelum beredar.

Xenon mengangguk kepala. Dia kemudiannya memandang ke arah tangga lalu didakinya sehingga tiba di depan bilik. Sebaik sahaja pintu ditolak ke dalam,Xenon melihat orang itu  sedang duduk di atas katil menghadap jendela bilik.

Perlahan-lahan kepala itu berpaling ke kiri.

"Missing something?"tanya Irene sewaktu bangun dan berdiri menghadap Xenon.

Tangannya disilang ke dada. Memandang tidak puas hati ke arah Xenon. Rahang terketap erat.

"Apa kau buat dekat sini?"tanya Xenon apabila perasan akan kotak yang disimpan bawah katil sudah berada di atas katil. "...kau usik barang aku?"soalnya bernada seperti mahu marah.

Mata Irene bergerak ke arah kotak itu lalu terarah pada Xenon.

"Kenapa?Awak risau rahsia yang awak simpan selama ni terbongkar?Timmy?"

Mata Xenon terpaku memandang Irene apabila dia mendengar nama itu disebut.

"Ke Xavier?Atau Damon?Tak...siapa nama awak?Xenon?"tanya gadis itu bernada sinis. "Siapa awak sebenarnya...apa tujuan awak datang ke keluarga saya?"

Xenon cuba mendekati Irene, hendak membuka mulut memberi penerangan, namun begitu Irene terus mengundur diri ke belakang.

"Jangan dekati saya...berdiri di mana awak berada sekarang!"arah Irene dengan tegas.

"Irene...aku boleh terangkan...ianya bukan seperti apa yang kau fikirkan?"

Dengusan pendek dilepaskan, Irene memandang tidak percaya ke arah Xenon.

"Kalau ianya bukan seperti apa yang saya fikirkan..habis tu apa?Saya dah baca semua rancangan awak...rancangan awak untuk jatuhkan hidup orang..keluarga saya orang ke berapa?Terakhir?Sebab tu awak dekati saya?Untuk buat saya suka dekat awak dan kemudian awak tinggalkan saya?Buat saya kecewa macam tu?"tanya Irene dengan mata berkaca.

Xenon cuba mendekati Irene. Namun begitu selangkah dia maju, selangkah Irene melangkah ke belakang.

"Kenapa awak buat semua ni?"tanya Irene dengan renungan hendak menangis.

Xenon mengetap bibir. Dia sendiri berasa sedih dan marah.

"Awak tak nak beritahu?Fine...awak ambil semua ni. Keluar dari rumah saya dan jangan tunjuk muka awak depan saya lagi..."Irene berlalu melepasi Xenon.

Ketika gadis itu bergerak melintasi Xenon, tanpa menoleh, Xenon memegang lengan Irene.

"Berikan aku peluang untuk jelaskan semuanya pada kau Irene..."

Irene mengetap bibir, menahan air mata dari turun kerana berasa sedih dan kecewa. Hatinya sakit dan terluka. Tangan itu ditolaknya sebelum langkahnya di atur keluar dari situ.

"Peluang tu dah tak ada Xenon sejak awak pergi dari sini..."ujar Irene sambil berjalan keluar dari bilik itu.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now