Jam di dinding sudah menunjukkan jam 10 malam. Sejak petang tadi, bayang orang itu langsung tidak kelihatan, membuatkan yang menunggu di ruang tamu hilang kesabaran. Kaki yang bersilang itu bergoyang-goyang tidak tenang.
Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, bunyi deruman enjin kereta kedengaran dari luar rumah. Mata yang terpejam itu pantas terbuka. Tidak lama selepas itu, bunyi pintu rumah dibuka dan ditutup, diikuti suara orang menyanyi kecil.
"Na..nanaa....nanana!"
Xenon bangun dari duduknya lalu berpaling memandang gadis yang sedang tunduk menanggalkan kasut sebelum memegangnya untuk mendaki tangga.
"Kau ke mana?" tanya Xenon.
Langkah Irene terhenti saat gadis itu memijak satu anak tangga. Dia memandang terkejut ke arah Xenon.
"Awak belum tidur lagi?" soalnya sewaktu berjalan masuk ke ruang tengah, berdiri di belakang sofa menghadap Xenon.
“Kau ke mana?” ulang lelaki itu lagi dengan nada serius.
"Kelab... lepak dengan kawan saya."
"Aku dah pesan supaya balik ke rumah terus lepas habis kelas... kau ada dengar tak?"
Xenon menyilang tangan ke dada sambil merenung tajam ke arah Irene.
Irene memandang ke arah lain lalu mengangguk kepala.
"Kau tak bawa telefon ke? Kenapa aku call tak angkat, mesej pun tak nak reply?"
Irene mengangguk kepala.
"Ada... bateri habis... tak sempat nak cas..."
Dengusan kasar kedengaran dari bibir Xenon. Kening lelaki itu berkerut.
"Dengan siapa kau keluar tadi?"
"Samuel dengan Daniel..." jawab Irene.
Xenon memejam mata, melepaskan keluhan berat lalu perlahan-lahan membuka mata. Dia memandang risau ke arah Irene.
“Boleh tak jangan buat perangai macam ni lagi? Parents kau tak ada. Kalau apa-apa berlaku dekat kau, macam mana? Siapa yang kena nanti? Aku juga, kan...” bebel Xenon.
Irene tersenyum. “Orite, boss!" tabiknya dengan ceria.
Xenon menggeleng kepala, kemudian berlalu naik mendaki tangga, diikuti Irene di belakang.
"Nanti kita pergi sama, ya... awak mesti suka. Kelab tu besar, macam-macam ada. Kolam renang, bar, tempat snooker, karaoke pun ada… nak buat parti pun boleh… mesti awak tak pernah pergi situ, kan..." cerita Irene sewaktu berjalan bersama Xenon di sisi.
Xenon hanya mendengar.
"Lepas tu, dekat situ ada restoran mewah siap dengan ilusi 3D.... awak boleh minta gambar apa pun, harimau, pemandangan laut, angkasa, semuanya ada..." ceritanya sehingga mereka tiba di tingkat atas.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...