Chapter 50 : The Game

1.1K 91 0
                                    

Suasana tegang menghuni ruang persalinan pelajar lelaki. Jurulatih serta pengurus kelab basketball turut berwajah tegang, Jalan ke hulu hilir tidak tentu arah kerana kerisauan.

Suara sorak dan pengumuman pengacara majlis sudah mulai kedengaran dari dalam bilik lokar itu lagi. Menunjukkan bila-bila masa sahaja lagi perlawanan itu akan bermula.

"Macam mana ni...kalau kita tak cukup ahli kita tak layak berlawan..itu maknanya mereka akan menang tanpa lawan.."

Niel memandang Samuel yang tenang bermain game melalui telefon bimbit.

" Samuel...kau masih boleh main game waktu macam ni?"tanya Kapten pasukan itu dengan kening mencerun.

Samuel tidak berpaling, malah dia fokus pada
game tersebut.

"Habis tu kau nak aku buat apa?"soalnya bernada malas.

"Fikirkan sesuatu!"deram Niel kebengangan.
"Simpanan tak ada pemain ganti pun tak ada macam mana kita nak main pemain utamanya kebanyakannya semua dah tarik diri. Tinggal kau, Daniel,kapten sahaja yang tahu nak main" ujar jurulatih mereka.

Niel mencekak pingang. Dia berdiri menghadap jurulatihnya.

"Coach saya rasa tak ada cara lain...kita kena tarik diri sebelum benda jadi lebih teruk, baik kalah tarik diri dari kalah dimalukan depan orang ramai..."aju Neil yang kelihatan sudah berserah.

Waktu itu detak tumit kasut kedengaran mendekat, membuatkan suasana ruang itu senyap dan tegang. Dengan serentak mereka semua yang ada di dalam bilik persalinan itu berpaling. Memandang ke arah pintu masuk bilik persalinan itu.

Samuel berdiri, dia mengesan detak kasut itu yang biasa dia dengari. Waktu itu bayang tersebut mendekat, menunjukkan wajah di depan mereka lantas memandang mereka sambil mengunyah gula-gula getah di mulut.

" Kau orang buat apa ni? tak keluar lagi untuk panaskan badan ke?Semua orang dah tunggu dekat luar sana tu...."

Niel memberi renungan maut pada orang di depan pintu masuk ruangan itu.

"Apa kau buat dekat sini Irene?Kalau kau cuba nak timbulkan masalah bukan sekarang masanya..."ujar Niel dengan nada jengkel.

Irene memandang menyampah ke arah Niel.

"Hello kau ingat aku kisah ke dengan masalah kau aku kisah nama baik kolej ni..gara-gara kau orang yang bersikap mudah mengalah dan tak semangat ni..."komen gadis itu.

"Hei perempuan kalau kau nak buat sakit mata memandang, buat bingit telinga dengar baik kau berambus lah..."halau mereka di situ yang tidak berapa gemar dengan Irene.

Samuel mengerling ke arah mereka yang menggunakan bahasa kasar pada Irene. Daniel yang dengar berkerut kening.

Irene menjuling mata ke atas, tidak menghiraukan kata-kata mereka. Dia beralih ke arah Samuel.

"Dia dah ada dekat luar..dengan tiga orang pemain simpanan..."maklum gadis itu sambil menyilang tangan ke dada.

Samuel mengangguk kepala.

"Okay..kalau macam tu kita dah boleh keluar belakang aku pun dah sakit duduk lama sangat.." ujar Samuel sambil menepuk bahu Niel.

Niel memandang bingung ke belakang kepala Samuel saat rakannya itu berjalan keluar dari situ.

"Hah?Siapa tunggu dekat luar?"tanya dia kebingungan, pandangannya terarah pada Samuel.

"Penentu kemenangan kita..."ujar Samuel dibalik bahu tanpa berpaling ke belakang.

Irene menjeling ke arah Niel. Dia menarik bawah matanya dengan jari telunjuk dan menjelir lidah.

"Heh...lembab!"ejek Irene sebelum mengekori langkah Samuel dan Daniel dari belakang sambil berlari anak dengan kasut tumit tingginya.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now