"Kau tunggu dalam kereta dulu...aku nak keluarkan duit dulu."pesan Xenon semasa menanggalkan seatbelt lalu keluar dari kereta.
Irene menjengah kepala, melihat kearah bank, orang ramai beratur di dalam tempat mesin ATM itu. Xenon pula berada di hujung barisan. Memang jenuhlah nak tunggu.
Satu keluhan dilepaskan dari bibir itu.
"Haih...lama pula mamat ni..."keluh Irene yang menopang dagu dengan tangan kiri sewaktu memandang ke luar tingkap.
Waktu itu matanya terpandang sesuatu tidak jauh dari pusat hiburan yang berada di seberang jalan. Kening gadis itu berkerut sebelum mata tersebut terbutang luas.
Irene berpaling ke arah Xenon yang masih berdiri itu lalu beralih semula ke arah lorong gelap di antara bangunan di situ. Tanpa berlengah, dengan kalut gadis itu menanggalkan seatbelt dan keluar dari kereta.
Irene berlari melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Yang mana membuatkan. Bunyi hon kereta dan orang memaki tidak puas hati kedengaran sewaktu Irene hampir sahaja hendak di langgar.
Sebaik dia tiba, kakinya terhenti seketika apabila menyedari orang yang dilihat sedang bergelut itu adalah Claudia. Gadis itu sedang dibawa pergi oleh tiga lelaki asing ke arah sebuah kereta.
Sambil mengepal penumbuk di sisi badan, Irene berjalan laju ke arah mereka lalu menepuk belakang badan seorang dari mereka. Sebaik sahaja mereka berpaling memandangnya satu tendangan padu terarah tepat di perut.
Membuatkan lelaki pertama jatuh bersandar pada kereta di situ.
Tindakan Irana membuatkan dua lelaki yang lain terpempan.
"Hei..kau apahal ha!"tegur lelaki kedua yang cuba menyerang Irene, namun Irene sempat tunduk mengelak lalu memberi tumbukan tepat di bawah dagu dan bawah leher lelaki tersebut sehingga lelaki itu terbaring tidak sedarkan diri atas jalan tar.
Lelaki yang mendukung Cladia itu berpaling, dia meletakkan Claudia ke bawah sebelum jalan mendekati Irene.
"Siapa kau hah!Berani betul-" disebabkan lelaki itu lebih besar dan tinggi Irene tidak dapat membuat serangan kerana terlepas sasaran. Dan waktu itu lelaki tersebut terus menampar Irene tepat di muka sebelah kanan sehingga gadis itu terduduk di atas jalan.
Tidak cukup dengan tamparan, lelaki itu menarik lengan Irene dengan kasar untuk bangunlan gadis itu supaya berdiri. Tanpa belas, tangan besar itu mencekik batang leher gadis itu.
Saat dicekik, mata Irene terarah pada Claudia yang tidak sedarkan diri itu sebelum memandang lelaki di depannya. Kepala Irene ditunjal-tunjal kasar oleh leleki itu sementara tangan itu kuat mencengkam lehernya.
"Berani kau kan..kuat sangat hah!Kurang ajar betul!"ujar lelaki itu sebelum mencampak Irene ke bawah tepat di depan sepasang kaki.
Gadis itu terketar-ketar hendak bangun saat orang itu tunduk memegang badannya. Sepasang tangan muncul dari atas Irene.
Irene memegang kaki lelaki di depannya. Memandang wajah bengis di depannya dengan kening berkerut.
"AH...datang dah hero..."ujar lelaki tersebut sambil mencekak pingang.
"Xenon...ianya bukan-..."ujar Irene yang tidak sempat hendak habiskan kata-katanya lelaki itu jalan maju ke depan.
Tanpa bersuara, Xenon terus memberi satu sepakan padu tepat di kepala sebelah kiri lelaki yang menyakiti Irene. Dan hanya satu sepakan sahaja lelaki tersebut rebah ke atas jalas sebelah rakannya yang ditumbangkan oleh Irene tadi.
Irene bangun dari duduknya , dia merangkak mendapatkan Claudia yang bersandar pada kereta. Setelah dia duduk bersimpuh depan Claudia, pipi Claudia di tepuk perlahan.
"Dia...wake up..please."minta Irene dengan susah payah.
Dengan deru nafas tidak terkawal, seluruh badan terketar-ketar kerana terkejut, Irene memandang risau ke arah Claudia.
"Dia... Please Dia..bangun.."kejut Irene perlahan tetapi kedengaran terdesak.
Claudia adalah adik kepada Samuel, dan Samuel adalah rakan baik dia dan juga anak kesayangan pada Madam Linda. Sekiranya ada sesuatu berlaku pada mereka, Irene tidak dapat maafkan diri dia. Sebab dia dah jelas-jelas nampak dan boleh halang. Kenapa tidak dianhulurkan tangan untuk membantu.
Claudia berkerut-kerut kening saat hendak membuka mata.
Irene melepaskan hela nafas lega setelah melihat Claudia membuka mata.
"Oh thank god.."ucap Irene sewaktu membawa Claudia ke dalam pelukannya. Dipeluknya tubuh itu dengan erat. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya dia waktu itu.
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Roman pour AdolescentsNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...