Suara orang meraung, merintih, dan merungut memenuhi ruang koridor hadapan bilik dekan. Termasuk orang yang sedang duduk menghadap dekan.
"Apa yang berlaku ni? Kenapa semua pelajar saya gatal-gatal dan kemerahan? Bagaimana pihak pengurusan puan jalankan tugas?" marah Ketua Jurulatih pasukan bola keranjang Kolej Beuxstone.
Wajah lelaki itu kemerahan sementara tangannya tidak henti-henti menggaru kaki dan badannya.
"Maaf... kami dalam proses siasatan. Harap tuan jurulatih dapat bersabar," jawab Dekan.
"Sabar? Sabar puan kata! Tengok keadaan kami sekarang! Tergaru-garu seperti monyet diserang kutu!"
Linda mengetap bibir, menahan diri dari tersenyum. Sememangnya lucu melihat gelagat lelaki di depannya yang sejak tadi tergaru-garu seperti diserang penyakit kusta.
"Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa semua orang boleh gatal-gatal?" tanya Linda.
Jurulatih itu memberi renungan 'seriously' pada soalan Linda.
"Manalah kami tahu! Sebab itu kami datang jumpa puan. Selepas kami pulang dari dewan perlawanan dan kembali untuk bersiap pulang, tiba-tiba sahaja sewaktu hendak keluar dari bilik itu, budak-budak saya ngadu mereka gatal, dan diikuti saya."
Waktu itu pintu pejabat terbuka. Seorang lelaki bersut masuk sambil memegang tablet di tangan.
"Puan, saya dapat rakaman CCTVnya dan—" Renungan dari pengawal keselamatan itu cukup memberi jawapan pada Linda. Wanita itu tunduk memejam mata, dapat mengagak punca kejadian yang berlaku.
"Beginilah... puan serta pelajar-pelajar tuan akan dirawat di klinik kolej ini. Bermalam di sini sehingga semuanya kembali stabil. Esok pagi saya akan berikan jawapan."
Memandangkan waktu pun telah lewat, mata lelaki itu sudah kemerahan. Dia merenung hilang sabar ke arah Linda.
"Pastikan puan ada jawapan, atau nama kolej ini menjadi taruhannya!" deram lelaki itu sebelum bangun dari situ.
Linda memberi isyarat pada ketua pengawal keselamatan agar menghantar mereka semua beredar dari situ.
"Hantar mereka semua ke klinik kolej. Berikan rawatan sepenuhnya pada mereka sehingga sembuh..."
Ketua pengawal itu memberi tundukan kepala, tanda akur dengan arahan tersebut.
Sebaik sahaja pintu pejabatnya tertutup, Linda mencapai telefon bimbitnya. Dia menyentuh nama anak lelakinya di skrin sebelum membawanya ke telinga. Wanita itu menanti dengan gelisah, hujung jari telunjuknya digigit perlahan.
"Hello?" sapa suara dalam panggilan yang membuatkan Linda memejam mata dan melepaskan hela nafas lega.
"Samuel, kamu di mana? Bagaimana keadaan kamu?"
"Saya okay, ada dekat hospital. Cuma Daniel tangan dia patah," jawab Samuel dalam panggilan.
"Teruk ke?"
"Teruk tu tak adalah sangat, tapi tangan Daniel perlu disimen. Sekarang kita orang on the way nak balik..."
Linda bersandar dengan mata terpejam, memegang dada melepaskan nafas lega.
"Beritahu Irene jumpa mama esok pagi..." ujar Linda dengan perlahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...
