Pandangannya terarah keluar tingkap, pelik dengan suasana tempat itu. Perlahan-lahan kereta itu berhenti. Dan enjin kereta dimatikan.
"Kita dekat mana ni?"tanya Claudia sambil melihat-lihat sekeliling parkir itu.
"Kelab lah...keluar jom. AKu kenalkan kau dengan kawan-kawan aku..."
"Kan saya cakap kita tak boleh pergi kelab..nanti abang saya tahu habis saya..."
"Alah tak apa...jomlah.." ajak Rudy yang menarik Claudia keluar dari kereta lalu mendesak gadis itu masuk ke dalam bangunan itu.
Sebaik sahaja mereka tiba di dalam bangunan itu, suasana bingit dan riuh rendah kedengaran. Rudy dan Claudia bergerak jauh ke dalam bangunan sebelum tiba di dalam sebuah bilik.
"Yo..lama tunggu?"sapa Rudy sebaik sahaja dia masuk ke dalam ruangan seakan bilik karaoke namun ada bar kecil di tepi kanan bilik itu.
Claudia memandang awas sekeliling bilik itu.
"Tak...aku baru jer sampai...ini ke kawan perempuan yang kau cakapkan tu?"
Rudy merangkul bahu Claudia.
"Ha'ah...Claudia,kenalkan ni member aku..Jack, Noah...Austin.."aju Rudy sambil menunjukkan tiga lelaki yang duduk di kerusi dalam bilik itu.
"Saya nak balik..hantar saya balik."minta Claudia. "Saya ingat awak nak ajak saya makan.."rengek Claudia yang mahu lepas dari pelukan di bahunya.
"Makanlah ni...janganlah malu..sini."ajak Noah yang menarik Claudia duduk di antara mereka.
Rudy yang lihat hanya tersenyum.
"Dia belum biasa lagi...ajarlah dia.."kata Rudy, teman lelaki Claudia, kawan lelaki yang Linda larang agar tidak keluar bersama. Namun begitu hanya Samuel sahaja yang tahu akan kegiatan Claudia yang suka lepak dengan Rudy.
"Apa ni...jangan sentuh sayalah!"Claudia menolak mereka lalu berdiri dari situ.
Mereka yang ada di situ turut berdiri. Tanpa berlengah Claudia meluru keluar ke pintu bilik itu. Lelaki-lelaki dia situ apa lagi, mereka pun berlari keluar mendapatkan Claudia yang sudah melarikan diri dari mereka.
"Apa ni...!kejarlah kita orang dah bayar banyak kot...."arah Noah.
Rudy dan mereka yang ada di situ terus berlari keluar dari bilik itu untuk mendapatkan gadis tersebut.
Claudia lari melalui pintu belakang. Saat dia hendak keluar dari lorong gelap itu, tangannya dipegang oleh seseorang sebelum dia ditarik kasar ke belakang.
"Mana kau nak pergi hah!"tanya Jack sewaktu mencampak badan Claudia ke dinding.
"Apa ni!!!jangan sentuh..lah!Kalau tak aku jerit!"marah Claudia.
"Berani kau nak jerit?"tanya lelaki itu sebelum satu tamparan kuat hinggap dipipi Claudia. Membuatkan gadis itu terjatuh di atas lantai.
Claudia cuba hendak bangun namun tiga lelaki di situ menerkamnya.
"Kawan kau, Si Rudy tu dah dapat duit banyak tahu tak..untuk harga kau..jadi kau tak boleh pergi mana-mana selagi kau belum layan kita orang!"gelak mereka sewaktu menarik Claudia keluar dari lorong itu untuk di bawa ke tempat parkir kereta.
Claudia yang tidak larat hendak melawan itu diheret mereka ke arah kereta. Tubuhnya sakit-sakit. Nak lawan pun tiga lelaki disekelilingnya kuat dari dia.
Mahu tak mahu Claudia akur dengan nasib yang bakal menimpanya.
Namun apabila mereka baru sahaja hendak membuka pintu kereta, seseorang menepuk belakang bahu seorang dari mereka. Membuatkan mereka berpaling dan pada masa yang sama.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Novela JuvenilNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...