83.

1K 85 4
                                    

Di hujung minggu....

Kediaman Adriana...

Ting...

Tong!

Bunyi loceng kedengaran.

Dari tingkat bawah, membuatkan kaki itu tergesa-gesa menuruni tangga.

            "Ya sekejap...!"sahut Irene sambil berlari anak ke arah pintu. Sebaik sahaja dia buka pintu ke dalam, seorang lelaki berdiri di depan. Tersenyum kepadanya.

            "Adam ada?"tanya lelaki itu.

Irene memandang lelaki itu dari atas ke bawah, lalu naik meneliti wajah kacak yang amat dikenalinya. Sebelum sempat dia bersuara, seseorang berdiri di belakangnya dan menegur.

              "Papa..."sapa Xenon tiba-tiba.

Kening gadis itu terangkat. Memandang terkejut. Patutlah!

               "Xenon..."senyum Kaiser.

Irene mengundur ke belakang, memberi ruang.

                "Masuklah..papa ada dekat laman belakang sana."  maklum Irene.

Irene memberi ruang kepada Kaiser untuk masuk, dia memandang belakang Xenon yang jalan seiring dengan lelaki itu. Kagum melihat betapa samanya rupa mereka, tinggi dan langkah semuanya satu acuan.

Malas hendak ambil kisah Irene kembali ke ruang tamu. Menyambung tontonan filem Jurassic Park IIInya.

Bertih jagung dalam mangkuk dicekau sedikit dengan tangan kanan lalu dibawa ke mulutnya. Namun belum sempat makanan itu hendak masuk ke dalam mulut, loceng pintu kedengaran sekali lagi.

Ting...

Tong...!

Irene memejam mata menahan sabar. Bertih jagung yang ada di dalam tangan itu dicampak kasar ke dalam mangkuk semula sebelum dia bangun mendapatkan pintu.

            "Ya..sekejap.."sahutnya dengan malas.

Pintu itu dibuka dengan rasa jengkel. Sebaik sahaja pintu itu terbuka dia melihat sepasang suami isteri tersenyum ke arahnya pula.

             "Uncle Abraham...Aunt Olivia.."sapa Irene dengan senyuman kekok.

             "Parent kamu ada di rumah? Aunt ada bawakan buah tangan dari Paris..."tanya Olivia sambil menunjukkan sekotak wain ke arah Irene.

Irene memandang pelik ke arah pasangan itu seperti baru melihat pasangan itu bertukar menjadi T-rex dan Triceratop.

              "Ada tu memang ada tapi...tak apalah jemputlah masuk dulu."pelawa Irene nak tak nak.

Dengan wajah teruja Olivia bersuara.

              "Oh...terima kasih,jom sayang."ajak Olivia kepada Abraham. Lelaki itu memberi senyuman sapaan kepada Irene.

Gadis itu membawa mereka ke ruang tamu sebelum mendapatkan mamanya di bilik bacaan. Ketukan pintu diberikan sebelum Irene menjengah kepala ke dalam bilik itu.

               "Mama, Uncle Abraham datang..dengan Aunt Olivia.."maklum Irene dengan nada mendatar.

Dengan pantasAdriana berpaling, wajah wanita itu jelas menunjukkan reaksi terkejut.

             "Huh?Mereka datang?Mama tak tahu pun.." Adriana bangun dari duduknya lalu keluar dari situ. Irene mengekori langkah mamanya lalu memerhati pasangan suami isteri itu menegur mamanya.

            "Tuan Pengarah..apa yang berlaku?Kenapa tak maklumkan saya lebih awal nak datang..saya tak prepare apa-apa..."Adriana duduk menghadap pasangan tersebut.

Irene berdiri sandar dengan tangan bersilang di dada saat memerhati mereka.

            "Tak apa kami datang pun sebab lalu jalan ni." balas Abraham.

Irene berlalu hendak ke dapur untuk menyediakan minuman ketika loceng rumah kedengaran sekali lagi. Gadis itu tersentak, lalu berpaling ke arah pintu dengan kening berkerut.

What the hell?Apa yang tengah berlaku ni?! Tanpa membuang masa dia mendapatkan pintu itu dan lalu dibuka.

               "Hai!"sapa Claudia sambil tersenyum. Di samping gadis itu adalah Linda. Wanita itu senyum kepadanya.

Irene memandang terkejut ke arah Linda dan Claudia.

               "H...hai?"balas Irene bernada hairan.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now