Chapter 7 : Madam Fiona

1.4K 116 0
                                        

Kalau dirumah, mama dia orang paling menakutkan tapi kalau di kolej Madam Fiona adalah satu-satunya orang yang dia akan turut kata tanpa melawan dan sering mengalah tidak kira la hal itu salah dia atau orang lain.

Kasut tumit itu menghentak lantai sewaktu si pemakai berdiri menghadap dua orang di depannya, Seorang dengan muka lebam seorang lagi dengan gaya samsengnya.

"Apa yang telah berlaku?"tanya Madam Fiona, Ketua Biro Disiplin Pelajar. Manusia paling menakutkan didalam kolej ini. Kerana dengan satu petikan jari hidup seseorang itu boleh musnah sepenuhnya.

Namun tidak bagi Irene, dia bukan takut tapi lebih kepada hormat kerana dia sudah lali menghadap Madam Fiona. Hampir sepanjang masa dia berada di sini, wajah wanita ini sahaja menjadi tatapannya.

Timmy tunduk memandang ke lantai. Takut hendak bertentang mata dengan wanita di depannya. Bibirnya diketap kunci.

Irene dengan selamba beritahu.

"Tak ada apa-apa yang berlaku pun.." balas Irene sambil menjungkit bahu.

Madam Fiona menunding jari.

"Kamu diam!...saya tanya Timmy bukan kamu." deram Fiona dengan mata terjegil bulat.

Irene terus mengetap bibir tetapi buat muka bersahaja. Dia tidak berasa takut kerana bukannya dia yang buat kesalahan dekat sini.

"Timmy...beritahu saya. Adakah Irene membuli kamu?"

Timmy mendiamkan diri, dia tunduk memandang ke lantai.

"Timmy! Saya tanya! Jawab!"bentak Fiona.

Irene berpaling, dia menyinggul lengan Timmy. Apahal Timmy ni?Beritahu aje la siapa. Apa susah sangat. Kang tak memasal dia yang kena jadi kambing hitam Madam Fiona.

"Beritahu la....kalau awak tak nak berdiri di sini sepanjang malam.gesa Irene pula.

Timmy tersentak, terus dia mengangkat kepala. Memandang wajah Madam Fiona dengan kening berkerut serba tidak kenanya.

"Tidak puan...Irene dia marah sebab saya makan buang sampah merata sebab tu lah." luah Timmy.

Fiona memandang curiga ke Irene. Jelas dekat muka seakan mempersoalkan kebenaran kenyataan Timmy. 'Iya iya la ni'.

"Betul apa yang kamu katakan ni Timmy? Bukan sebab Irene buli kamu dan paksa kamu kutip sampah selepas dia yang buat sepah?"

Timmy pantas menggeleng kepala.

"Iya puan. Irene tidak membuli saya. "

Irene menjungkit sebelah kening memandang judging akan Timmy. Dia berasa seakan skeptikal dengan sikap Timmy. Kenapa lelaki ini enggan beritahu hal sebenar kepada Madam Fiona?Kan hal lebih mudah sekiranya Madam Fiona yang masuk campur urusan Timmy ni. Tak adalah kena buli aje dengan Rex dan geng lelaki tu.

"Hah!Kamu Irene...sekali lagi kalau saya dapat tangkap kamu buat kesalahan siap kamu..."Fiona memberi amaran dengan mata bulatnya.

"Baik puan.."Irene menarik senyuman mesra yang dibuat-buat. Memangnya muka dia ni cop 'Budak Bermasalah' sangat ke? Asyik dia aje yang kena sound kenapa?

Fiona berlalu dari situ dengan dengusan kasar. Mendaki naik ke tingkat atas dengan detak tumit kasut tinggi yang tidak sepadan dengan saiz badan sebesar anak badak air.

Setelah kelibat wanita itu menjauh,Irene berpaling dari situ. Awalnya memang taknak ambik kisah pun, tapi baru sahaja dia hendak melangkah pergi, Timmy disisi dia tiba-tiba jatuh rebah di atas lantai. Mengerang kesakitan sambil memegang perut.

Irene menoleh letih ke belakang. Seriously!?

Hah~

"Kenapa pulak kali ni..."keluh Irene dengan kening berkerut tak puas hati.

"Ugh..."ngerang Timmy tidak dapat memberi respon yang jelas kerana dalam kesakitan.

"Ada-ada je lah kau ni."dalam mahu tak mahu Irene pun menarik tangan Timmy naik ke bahunya. Next time dia kena take note sendiri supaya di masa akan datang, dia takkan libatkan diri lagi dengan urusan atau masalah orang lain.

Dengan lemah,Timmy meletakkan kepala pada bahu Irene dengan mata terpejam erat.Wajah itu pucat lesi dan bibirnya sudah putih.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang