**Kediaman Adriana...**
Knock!
Knock!
Bunyi ketukan pintu kedengaran.
Membuatkan lelaki yang duduk melunjur di atas katil sambil membaca buku menoleh, memandang ke arah orang yang berdiri menjengah kepala di muka pintu.
"Hm..." sambut Xenon yang kembali memandang buku.
"Boleh saya masuk?" tanya Irene.
Xenon mengangguk kepala, lalu membetulkan cermin mata yang dipakainya dan kembali membaca buku, memandangkan peperiksaan tidak lama lagi akan tiba.
Irene masuk ke dalam sebelum memanjat katil.
"Saya nak tunjuk sesuatu dekat awak ni," ujar Irene sambil merangkak mendekati Xenon.
"Apa dia?" balas Xenon acuh tak acuh.
Gadis itu membetulkan bantal di katil lalu baring di sebelah kiri Xenon. iPad di tangannya kemudiannya disua ke depan muka Xenon.
"Video orang tergaru sana sini macam monyet... serius kelakar, berapa kali tengok pun tak bosan," ketawa Irene perlahan sewaktu memandang Xenon.
Mata lelaki itu tunduk melihat skrin tersebut sebelum kembali tunduk membaca buku tak lama kemudian.
"Suka sangat ke?" tanya lelaki itu.
"Suka!" jawab Irene dengan bersemangat. "...untuk pengetahuan awak, saya adalah pencipta masalah dekat kolej tu. Siapa yang cari pasal dengan saya, maknanya mereka mencari masalah untuk diri mereka sendiri," jawab Irene sambil membawa iPad dekat padanya.
Menyentuh itu dan ini pada skrin tersebut. Kaki gadis itu yang memakai stoking bergerak kanan dan kiri dengan ceria.
Xenon mendiamkan diri kerana tenggelam dalam bacaannya.
Irene curi-curi lihat wajah Xenon. Tepi wajah itu betul-betul membuatkan dia tertanya-tanya. Macam pernah nampak, tapi dia langsung tak ingat siapa! Nak kata pernah jumpa, tak adalah. Baru kali ini bertemu dengan Xenon, tapi entah kenapa kehadiran lelaki ini tidak asing baginya.
"Tinggal seminggu sahaja sebelum papa saya balik..."
"Dah tu..." helaian muka surat baru diselak oleh lelaki itu.
"Lepas papa saya balik sini, maknanya awak akan keluar dari rumah ni ke?" tanya Irene.
"Kenapa kau nak aku keluar dari sini?" Xenon melirik ke arah muka Irene yang dihadang dengan iPad.
Irene menurunkan iPad itu ke dada, memandang Xenon dengan pandangan curiga.
"Saya tak cakap pun... awak ni kan... saya pelik tahu tak..."
"Apa yang pelik?"
"Tak adalah... bila dekat rumah lain, bila dekat kolej lain... bila dengan orang lain, bila dengan saya lain... awak ni ada masalah personaliti ke?"
Xenon senyum meleret ke kanan, dia menutup buku itu lalu meletakkannya di atas almari sebelah katil sebelum berbaring mengiring dengan kepala ditopang tangan kiri.
"Kenapa kau rasa macam tu?"
Irene turut berbaring mengiring. Dia membaca wajah Xenon dengan mata dikecilkan.
ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Roman pour AdolescentsNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...
