Chapter 56 : Kelas Komputer

1.1K 86 0
                                        

Kelas budak sains komputer riuh dengan para pelajarnya yang dikenali dengan sikap nakal dan kuat membuli. Semua yang ada di situ bermain, berborak, bertumbuk, dan ada juga yang tidur. Laptop masing-masing sudah tersedia di atas meja sementara menunggu pensyarah masuk ke kelas. Sedang mereka semua bising dan riuh, seseorang melangkah masuk ke dalam kelas tersebut.

Mereka berhenti serentak dari segala pekerjaan sebaik melihat orang itu mendaki tangga.

"Irene? Apa kau buat dekat sini?" sapa Rex yang terkejut melihat kehadiran gadis itu. Dia melihat gadis itu menghampiri tempat duduknya serta Zack.

Gadis itu menyuruh Rex bergerak ke tepi agar kerusi di antara mereka kosong untuk dia duduki. Dengan patuh, Rex bergerak ke tepi.

Mulanya Rex hendak bersuara tetapi lelaki itu mengatup mulutnya semula apabila Irene memandangnya dan meletakkan jari ke mulut, menyuruh lelaki itu senyap.

Setelah itu, Irene berpaling memandang Zack di sisi.

"Awak pandai hack?" tanya Irene perlahan.

Zack yang mendengar memandang pelik. Dia menjauhkan sedikit badannya dari Irene, takut dengan gadis itu. Dia sangat tidak dapat dijangkakan. Entah apa saja yang ada di balik lipatan lengan baju gadis itu.

“Kenapa?” tanya Zack dengan renungan berjaga-jaga.

Irene menarik sengih, menayang barisan giginya yang rata dan putih.

"Buatkan sesuatu untuk saya..." thumbdrive dari dalam poket sweater dikeluarkan lalu diletakkan atas meja Zack.

Lelaki itu kemudiannya mengambil thumbdrive itu dan melirik ke arah Rex yang sedang merenung ke arahnya. Ada aura cemburu di balik renungan itu.

"Ada apa dalam ni?" Zack mencucuk thumbdrive itu ke dalam laptop.

Irene mendekatkan dirinya ke Zack supaya dapat melihat skrin laptop tersebut.

"Saya nak awak pecah masuk laman rasmi kolej Beuxstone, kemudian pos video ini dalam forum mereka," ujar Irene perlahan.

Jari jemari Zack terhenti seketika saat lelaki itu terkejut mendengar permintaan tersebut dan melihat video yang berada di skrin laptopnya. Lantas, Zack berpaling memandang Irene yang duduk menyondong padanya.

“Apa aku dapat kalau aku buat apa kau suruh?” tanya Zack sambil memandang Irene yang comel mengenakan sweater oversize dan skinny putih dengan ikatan rambut kiri dan kanan.

Irene membuat muka lalu memukul belakang kepala lelaki itu sehingga kepala Zack tunduk ke bawah.

"Hish, berani awak meminta dari saya. Buat sajalah, jangan banyak soal boleh tak?" arah Irene.

Zack menyentak kepala ke atas dengan pantas kerana berang.

"Auw! Kenapa nak pukul-pukul?" deram Zack dengan keras.

Irene menjuih dagu ke laptop.

"Buat cepat dan poskannya sekarang," arah Irene dengan tegas.

Zack menjeling jengkel ke arah Rex. Kalau bukan disebabkan Rex cinta mati pada Irene, sudah lama perempuan ini tidak betul di hadapannya.

Rex mengangguk kepala, memberi keizinan untuk mengikut arahan Irene. Itu hanya membuatkan Zack melepaskan keluhan berat. Malas hendak berbalah dengan Irene, jari jemari Zack bergerak pantas di atas papan kekunci tersebut.

"Apa yang kau cuba buat ni, Irene?" soal Rex.

Irene berpaling, memandang lelaki kacak di sebelahnya lalu tersenyum.

"Mana ada saya buat apa-apa," balas Irene dengan muka tidak bersalah.

"Sengaja cari pasal," sampuk Zack.

Irene berpaling pantas ke arah Zack dan mencubit geram pada lengan lelaki itu.

"Diam..."

“Auw! Sakitlah! Kenapa kau ni?” marah Zack yang menarik tangan yang dicubit lalu menggosok dengan kening mencerun.

"Buat kerja tu jangan nak banyak cakap!" ujar Irene.

Zack bercemberut, kemudian fokus pada skrin laptopnya, melakukan kerja yang disuruh Irene dengan perasaan terpaksa rela. Cepat dia selesaikan, cepat perempuan ini berambus!

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang