20. Terkejut

1.1K 98 0
                                    

"Arghh!" jerit Irene yang melompat dari tempat dia berdiri, terus bersandar ketakutan pada sinki. "Siapa kau, hah? Macam mana kau boleh masuk sini?" Irene menunding senduk yang ada di tangannya ke arah Zenon.

Wajah Irene jelas terpancar ketakutan.

"Tak reti nak senyap ke? Dah malam kot... nak terpekik-pekik macam orang gila tu kenapa?" marah lelaki di depannya dengan kening berkerut.

Irene memandang kalut, melihat periuknya yang kuahnya sudah melimpah keluar. Airnya terpercik keluar membasahi permukaan dapur.

Irene mengaduh kesakitan dalam keadaan kalut itu.

"Auw... auw..." Tangan yang terkena percikan air panas digosok. Irene cuba mematikan api dapurnya. Dapur itu adalah dapur elektrik, dan gadis itu serabut dengan kehadiran orang asing serta mangginya yang sedang menggelegak. "Oh my god!!" keluh Irene ketika kalut menekan butang itu dan ini.

Zenon yang melihat melepaskan keluhan letih dan terus mendekat. Dia menolak Irene jauh dari dapur itu dan menekan butang off di tepi dapur sebelum mencekak pinggang menghadap Irene.

Irene memandang Zenon dari atas hingga ke bawah sebelum tersentak sedar. Tanpa berlengah, dia terus berlari menuju ke sebelah meja makan, jauh dari lelaki asing di depannya.

"Siapa kau ni... macam mana kau boleh ada di rumah aku? Pervert? Perompak? Jangan dekat eh... aku... aku penggertak kaki kau nanti," ujar Irene dengan kelihatan bingung, tidak tahu hendak berbuat apa.

Zenon melepaskan keluhan sambil menjulingkan mata keletihan.

"Apa yang kau merepek ni... kalau aku pervert sekalipun, tak mungkin aku berdiri tegak tak buat apa-apa... kalau perompak... tak mungkin aku tunjuk muka aku ni... logiklah sikit kalau nak menuduh tu..."

Pandangan Irene mencuka.

"Habis tu siapa?"

"Xenon Lee, anak kawan papa kau..."

"Bila awak ada dekat sini?" soal Irene yang kelihatan sedikit tenang.

"Dua hari lepas..." jawab Zenon bernada mendatar.

Irene termenung, gadis itu memandang ke siling sambil meletakkan senduk di bawah dagu, cuba mengingat kembali sekiranya mamanya ada beritahu dia mengenai kehadiran lelaki asing ini di rumah.

"Mama tak cakap apa-apa pun dekat saya..." Irene memandang Zenon dengan muka bingung.

Zenon melepaskan helaian nafas pendek setelah melihat reaksi Irene.

"Memanglah... dia tak sempat... dahlah... kau kemas sepah ni... jangan bising! Aku nak tidur! Kau memekak lagi, aku ikat kau!" arah Zenon sebelum berlalu dari situ.

Irene bergerak ke kanan apabila lelaki itu melalui tepi kiri meja makan. Setelah bayang Zenon tiada, Irene kembali ke depan dapur.

"Terkejut gila aku! Tak reti ke nak berdehem atau apa ke... tiba-tiba munculkan diri depan aku macam tu." gerutu Irene sendirian sambil mengambil periuk berisi mangginya.

Irene kemudiannya berpaling ke belakang semula, memandang ke arah pintu masuk dapur sekali lagi. Cuba mengingat kembali wajah itu.

Macam pernah nampak, tapi dekat mana?

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now