Chapter 74 : Persiapan

1K 84 0
                                    

Seperti seorang master keyboard, jari-jemari itu laju menaip di atas papan kekunci laptop, sekejap-sekejap mata itu naik turun meneliti butiran yang ditaip di atas buku.

Sedang pelajar-pelajar dari kelas seni grafik itu sibuk melakukan kerja masing-masing, pintu kelas terbuka.

Seseorang muncul lalu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Disebabkan pensyarah mereka cuti, mereka mengambil peluang untuk menyelesaikan kerja yang tertunggak dan mengulang kaji sebelum diganggu oleh orang itu.

"Hello, boys and girls! Sorry ganggu..." ucap Samuel sambil tersenyum ke arah mereka.

Ketua kelas itu bangun, memandang terkejut ke arah lelaki kacak itu.

"Senior!? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" tanya ketua kelas itu.

Samuel tersenyum.

"Of course lah... kalau tidak, mana mungkin aku datang sini..." ujar Samuel sambil mengeluarkan segulung kertas lalu disuakan ke arah ketua kelas itu. "Kau orang ni kelas Madam Fiona, kan?"

Ketua kelas itu menghampiri Samuel lalu mengambil gulungan kertas itu dengan wajah kebingungan. Dia membuka gulungan kertas tersebut dan membaca butiran yang ada di dalamnya.

Tidak lama kemudian, mata pelajar itu terbeliak luas, memandang terkejut ke arah Samuel seolah-olah baru melihat hantu.

Samuel yang faham akan renungan itu tersenyum nipis.

"Shhh... buat apa yang aku bagi dalam kertas tu... jangan kecoh-kecoh," Samuel meletakkan jari di bibir.

Kening ketua kelas itu berkerut seperti mahu menangis.

"Betul ke, senior?" mata pelajar itu berkaca.

Samuel menarik senyuman nipis, kelihatan serba salah.

"Buat yang terbaik ya... mana tahu ini kali terakhir kau orang tunjukkan bakat terpendam kau orang," lelaki lampai itu kemudiannya berlalu keluar dari kelas itu.

Sejurus Samuel keluar dari situ, ketua kelas itu terduduk di atas kerusi, merenggut rambut kerana tertekan.

Setelah selesai untuk video dan filem, Samuel beralih ke arah fakulti sastera dan bahasa. Dia memilih kelas yang diajar oleh Madam Fiona sendiri. Setelah berjalan beberapa minit, lelaki itu tiba di kelas tersebut.

Sewaktu Samuel tiba, mereka dari kelas sastera sedang sibuk membuat ulang kaji. Perasan akan kehadirannya di dalam kelas itu, mereka mengangkat kepala.

Waktu itu mereka melihat lelaki yang berdiri dengan sebelah tangan di dalam poket.

"Hai... sibuk?" tegur Samuel sambil tersenyum.

Amanda yang melihat kehadiran lelaki itu bangun dari tempat duduknya.

"Sam... apa yang berlaku? Kenapa awak dekat sini?"

Samuel melangkah masuk ke kelas itu lalu duduk di meja depan. Dia memandang setiap wajah yang ada di situ.

"Kau orang kelas Madam Fiona, kan?" tanya lelaki itu.

"Ha'ah... dia ajar pengurusan... kenapa?" balas Amanda.

Samuel melepaskan helaian panjang.

"Ada sesuatu yang aku nak beritahu dekat kau orang..." maklum Samuel dengan perlahan.

Semua yang ada di situ memberi perhatian terhadap lelaki kacak itu.

"Macam serius je..." Amanda duduk di tempatnya semula.

"Memang serius pun, dan aku harap tiada sesiapa pun di sini ketawa atau katakan yang tidak baik..." satu keluhan berat dilepaskan. "Aku cuma nak kau orang bagi kerjasama kau orang untuk kali terakhir."

Amanda dan seluruh isi dewan kuliah itu berkerut kening.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now