Chapter 13 : Pindah Keluar.

1.3K 97 0
                                        

"Ini surat pertukaran kamu..dan ini adalah dokumen penting kamu untuk kamu berikan pada kolej baru kamu nanti.."staf admin di belakang kaunter menyuakan sampul surat dan fail depan Xenon.

Dengan renungan dinginnya Xenon mencapai dokumen itu lalu di belek sehelai demi sehelai.

"Kenapa kamu tiba-tiba nak tukar kolej?Bukan ke semuanya baik-baik saja di sini?"

Sebab kerja dia dekat sini sudah selesai. Jadi tiada apa-apa sebab yang buatkan dia untuk stay di sini. "Urusan keluarga."beritahu Xenon. "Ayah saya yang minta saya buat pertukaran ini.."bukan kali pertama menipu, dia langsung tidak berana kekok untuk mencipta alasan.

Selama lima tahun dia lakukan hal ini. Iaitu berpindah dari satu kolej ke satu kolej untuk mencari target orang yang menjadi punca kematian ibunya. Dan setelah target dia berjaya dihapuskan, dia akan berpindah ke tempat lain menggunakan identiti yang berbeza.

Cuma kali ini dia masih menggunakan nama sebenar. Sebabnya nak buat identiti palsu bukan mudah dan memerlukan masa yang lama untuk pastikan ianya tidak dicurigai.

"Iyalah kalau macam tu. Nak buat macam mana kan. Hilang la seorang bintang kegemaran di kolej ni ya selepas kamu pergi."

Xenon sekadar berdengus kecil mendengar komen itu. Dia tidak terkesan apalagi ingin membalasnya. Tanpa berlengah langkahnya terus diatur keluar dari pejabat dan ke anak tangga. Dia perlu ke lokar untuk mengosongkannya.

"Xenon!"

Tidak semena ada yang memanggil dari belakang.

Namun dia tidak menoleh atau berhenti dari berjalan kerana mengenali siapakah orang yang memanggilnya ketika itu.

"Xenon tunggu sekejap!"Kairi di belakang tergesa-gesa menuruni anak tangga ingin mengejar langkah itu. "Please...."

Setibanya di lantai, Xenon membelok ke kiri, masih tidak mempedulikan panggilan Kaira. Tiada sebab untuk dia berhenti kerana dia dan Kairi sudah tiada apa-apa urusan. Dan dia enggan melihat wajah Kaira.

Kaira di belakang menjadi jengkel. Dia berlari pantas hingga berhenti di hadapan Xenon dengan kedua belah tangan berdepa. Menghadang Xenon dari terus maju ke depan.

Yang mana berhasil.

Hendak tak hendak Xenon terpaksa juga berhenti. Dia tunduk memandang Kaira sebelum melepaskan keluhan pendek.

"Awak tak dengar ke saya panggil awak,Xenon?"kening Kaira berkerut kemerahan seakan mahu menangis ketika merenung tepat ke bola mata dingin Xenon.

"Kau nak apa?"

Kaira menurunkan tangannya ke sisi lalu berdiri hampir di depan dada Xenon. "Betul ke apa yang awak katakan di makan malam tiga hari lepas hanya lakonan?"

"Ya."jawab Xenon mendatar.

"Kalau macam tu perasaan suka awak dan lafaz cinta awak itu pun palsu?"memerah mata Kaira. Air mata mulai bergenangan di tubir.

"Betul."angguk Xenon perlahan.

Mencebik bibir merah Kaira dibuatnya. Dia terus mencengkam kedua belah kolat blazer Xenon lalu digoncang lemah dada itu. "Dan semua itu hanya untuk menuntut bela diatas kematian ibu awak?Atas apa yang daddy saya dah lakukan beberapa tahun yang lalu?"setitis air mata mengalir di pipi.

Namun semua itu langsung tidak memberi kesan kepada Xenon. Hatinya terlalu kejung untuk berasa simpati atau kasihan. Ini yang dia malas nak bertemu semula dengan Kaira. Malas nak menghadap drama selepasnya tu.

"Iya...kau nak aku ulang berapa kali?"tangan Kaira di kolar terus direntap jatuh ke bawah. "Just stop okay."

Begitu kecewa dan patah hati, Kaira terduduk simpuh depan kaki Xenon. Menangis teresak-esak minta dipujuk.

Tetapi Xenon malahan pergi begitu saja dari situ.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang