"You...bolehlah saya nak pergi kelab itu. Semua orang pergi, takkan awak tak boleh masuk secara VIP..." rengek Amanda pada Ethan. Dia memeluk lengan teman lelakinya sambil bersandar manja pada bahunya.
Mereka berdua yang baru sahaja keluar dari kereta itu sedang bergerak menuju ke pintu masuk utama kolej.
"Kan saya cakap tempat itu khas untuk pelanggan tetap. Kalau kau nak pergi ke sana, kena tempah lebih awal. Sekalipun VIP, pangkat saya tak setinggi itu untuk masuk. Paling-paling kau mesti pemilik beberapa syarikat kelab berkelas tinggi. Kita pergi tempat biasa sudahlah," jawab Ethan.
Amanda menarik muncung.
"Apa lah awak ni... Itu pun tak boleh. Budak-budak kelas saya semuanya pergi kelab itu..."
Ethan membuat muka. Malas hendak melayan sikap manja Amanda yang kadang kala menjengkelkan dia. Baru sahaja dia hendak mendaki tangga, lengannya tiba-tiba ditarik.
"Ada apa?" dia tunduk memandang Amanda.
Amanda mengoyangkan lengan Ethan dengan kuat.
"Tengok..! Itu bukan ke Irene?" juih Amanda ke kanan Ethan.
Ethan berpaling, dia memandang ke arah sebuah kereta yang diparkir tepat menghadap pintu masuk.
Dia melihat Irene yang sedang tunduk mencari sesuatu di dalam beg sandangnya. Dia berjalan hendak melintas jalan sebelum lelaki di belakang gadis itu menarik tangannya agar tidak melintas.
"Siapa tu?" tanya Amanda apabila melihat lelaki di sebelah Irene sedang membebel sesuatu.
"Budak baru... dari Kolej Crimsson. Xenon Lee," jawab Ethan sambil melihat lelaki itu melintas bersama Irene yang sedang berkerut kening mencari sesuatu di dalam beg.
"Budak baru? Kelas awak ke?" dongak Amanda pada Ethan.
"Urm..." angguk Ethan tanpa mengalihkan pandangan dari Irene.
Ketika itu, Irene dan Xenon melintasi Amanda serta Ethan sambil membebel tentang sesuatu.
"Mana benda tu aku letak? Asal senang sangat hilang...?" sungut Irene sewaktu melintasi Amanda.
Amanda yang melihat membuat muka tidak suka, benci melihat Irene.
"Dia orang berdua bersama ke?" fikir Ethan sewaktu meneruskan langkahnya untuk masuk ke dalam bangunan bersama Amanda di sisi.
Ketika dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam bangunan, semua kepala menoleh. Terarah pada pasangan Amanda dan Ethan yang masing-masing kelihatan segak dan cantik dengan pakaian serba mewah mereka.
Namun, seketika sahaja perhatian mereka beralih kepada dua orang yang melangkah masuk kemudiannya.
Si lelaki lampai yang kacak mengenakan kemeja hitam dengan lengan baju dilipat hingga ke siku, dipadankan dengan slack hitam yang fit mengikut bentuk kaki kurus dan panjang lelaki tersebut, berjalan di belakang gadis yang ringkas mengenakan dress labuh paras lutut cekak leher merah jambu tanpa lengan dan bersanggul.
"Siapa tu? Kacaknya dia!" tanya mereka dengan mata terbelalak dan mulut ternganga.
Kagum melihat rupa paras lelaki di belakang gadis itu, Amanda yang perasan perhatian yang biasanya diberikan pada mereka beralih kepada Irene menjeling tidak puas hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Novela JuvenilNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...