Sambil memegang dulang berisi makanan, para siswa dan siswazah berbaris lurus menunggu giliran untuk membuat bayaran pada kaunter cafeteria.
Ianya tak lama, kerana ketenangan itu di ganggu seketika kemudian.
Namun begitu tidak pada orang yang jalan melulu ke depan melepasi pelajar-pelajar lain yang beratur di situ dan memotong barisan.
Orang yang baru sahaja tiba gilirannya untuk buat bayaran di depan kaunter, dengan selamba ditolak oleh gadis yang cantik mengenakan skirt pendek paras peha dengan denim biru yang memotong barisan tersebut.
Pelajar itu memberi renungan tidak percaya.
"Excuse me? tak sekolah ke sebelum masuk kolej hah?tak boleh baca papan tanda tu.." tunjuk pelajar perempuan yang berada di belakang pula.
Pelajar perempuan itu berpaling sambil menyua kad kepada cashier. Memandang jijik dari atas ke bawah.
"Kisah pulak aku...kalau pandai tapi miskin tak ada gunanya juga...tengoklah diri tu dulu sebelum nilai orang..."ujar Claudia dengan berlagak sebelum beredar dari situ dengan lenggok seksinya.
Ketika itu jugalah, tiba-tiba seseorang muncul dari arah kanan, melanggar tangan kanan Claudia. Semuanya berlaku dalam sekelip mata, tangan yang sedang memegang dulang terlepas pegang lalu dulang itu jatuh. Semua makanan di atas dulang tersebut tumpah dan mengenai kaki dan kasut milik Claudia.
Tidak semena satu teriakan dengan ton suara yang tinggi menghuni seluruh ruang cafeteria tingkat tiga itu.
"AHHHHHHHH!!!!!!!”Claudia menghentak-hentak kaki sambil menepis kotoran yang ada pada skirt dan kasut Vinchinya."Kau dah kenapa perempuan! Mata kau letak dekat lutut ke!"marah Claudia dengan berang. Dia memandang tidak puas hati ke arah Irene.
Irene menekup mulut, matanya terbutang saat memandang dari bawah naik ke atas.
"Oppss!sorry.Sengaja...."senyum gadis itu dengan renungan manja. Suka melihat anak kepada dekan kolej yang suka sangat berlagak itu kesusahan.
Claudia mengangkat kepala, mengecilkan mata saat merenung ke arah Irene, rahangnya diketap kuat sewaktu gengaman tangannya mencengkam tapak tangan.
"Perempuan menjengkelkan! Tak guna!"maki Claudia dengan berang. Irene membuat muka bersahaja, tidak terasa sedikit pun dengan kata-kata itu. "Kau tahu tak betapa mahalnya kasut aku ni!"
Mereka yang ada di dalam cafeteria hanya memerhati lagat dua orang itu.
Irene menjungkit bahu dengan kedua-dua tangan terangkat di sisi, seakan orang memberi reaksi tak tahu.
“Entah...mana aku tahu...bukan masalah aku"
"YAHHH!!!!!!!!!"jerit Claudia kerana begitu bengang dengan sikap bersahaja Irene.
Irene ketawa kecil, dia menggeleng kepala melihat reaksi anak orang kaya tak sedar diri itu. Dia kemudiannya memegang bahu Claudia. Mendekatkan wajahnya pada wajah Caludia.
"Dalam hidup ni ada peraturan... walaupun kolej ni mak kau yang uruskan..tak bermakna semua peraturan yang telah ditetapkan kau boleh langgar....jadi tak payah tunjukkan sangat kau ni anak perempuan tak boleh pakai....buat malu nama mak kau jer..."ujar Irene. "Dan...pakaian kau tu.....jangan nampakkan sangat diri kau tu murah. Cover sikit...malu la kalau orang tahu anak dekan sendiri tak boleh nak ikut dress code kolej ni."
"Dah puas sangat hidup ke?" jegil Claudia begitu bengang.
"Hahaha....trust me, I really want to know the answer too."sengih Irene. "Dan kau pulak macam mana?Not bored yet become a pain in the arse everyday?"
Claudia mengigit bibir menahan diri kerana berasa geram dan terkedu dengan kata-kata Irene.
"Hahah... just like i thought."
Irene beredar dari situ dengan muka bersahaja dan sengihan sinis di bibir.Dari pandangan pelajar yang ada disitu, Irene seperti seorang ketua samseng yang beraura menakutkan walaupun luaran gadis itu kelihatan manis dan cantik.
Mereka yang melintasi Irene serta merta memberi laluan untuk gadis tersebut lalu tanpa di suruh. Memberi laluan kepadanya.
"Kau okay Claudia?"
"Kau tengok aku tengah okay ke sekarang ni?"jelingnya ke rakan di sisi tidak puas hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Fiksi RemajaNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...