Chapter 9 : Bratty

1.3K 102 0
                                    

"Eh kau tahu tak syarikat keluarga Eden budak sain computer tu dah muflis?"

"Ya ke?"

"Iya...aku dengar papa aku borak dengan kawan dia masa datang makan malam dengan family aku..."

"Kesiannya...kenapa boleh muflis?"

"Entah...aku pun tak tahu kenapa."

"Baru dua hari lepas aku baca berita pemilik syarikat terbesar negara ni dah jual dia punya syarikat sebab saham dia tiba-tiba jatuh tak pelik ke?"

"Sekarang macam-macam boleh berlaku...kita tak boleh nak agak."..."

"Takut wei...aku pesan dekat papa dengan mama aku jaga company elok-elok sebab takut kalau benda tu berlaku dekat kita orang...aku tak nak hidup miskin wei"

"Asal?Tak nak susah?Sebab tu kalau kaya jangan berlagak sangat.."

"Hello siapa kau cakap berlagak hah?"

"Sesiapa sahaja yang kaya...janganlah terasa...sebab kebanyakan orang yang kaya ni dapat duit bukannya selalu dengan cara yang betul...adakalanya mereka guna penipuan dan pelbagai cari yang licik untuk dapatkan duit...sebab tu perkara buruk menimpa dekat mereka"

"Hei siapa kau hah...tak boleh nak cakap elok-elok ke..ingat kau tu baik sangat ke!"

End of chat.....

Ibu jari yang berada di atas skrin scroll sedikit lagi sebelum menekan butang lock.

Telefon yang ada di tangannya di letakkan atas meja belajarnya. Selesai memeriksa forum chat kolejnya. Berbincang tentang isu yang entah bukan-bukan, kadang kala bergosip tentang itu dan ini. Disebabkan chat itu tiada id atau nama budak-budak kolej dengan terbuka menulis segala isi hati yang mereka inginkan tanpa rasa takut-takut.

Itu antara kelebihan chat room kolej tersebut.

Biasanya Irene tidak rajin mengikuti perkembangan semasa yang terjadi di dalam fakulti lain, tapi kalau dah angin nak menggosip datang, dia rajin-rajinkan diri untuk scroll forum chat umum kolejnya. Bagi Irene, nak kurangkan tekanan dalam fikiran dia kena kurangkan engagement mengenai hal orang lain. Yalah buat apa dia nak peningkan kepala untuk perkara yang memang bukan urusan dia.

Sedang dia termenung memandang jendela tingkap yang memaparkan pandangan langit malam berbintang, ketukan pintu kedengaran tidak lama selepas itu. Suara mamanya menyapa dari muka pintu.

Puan Adriana menjengah kepala dari balik kuakan pintu sebelum melihat Irene sedang duduk di kerusi meja belajar. Senyuman nipis terukir di bibir.

                "Sayang...kamu busy ke?"

Irene memusingkan kerusinya menghadap pintu. Dia pandang tiada mood akan mamanya itu. Bukan niat hendak bersikap kurang ajar, cuma dia rasa jengkel saja.

                  "Kenapa?"

                  "Papa kamu nak cakap sesuatu. Turun sekejap boleh?"Puan Adriana bertanya lagi.

Hah~

Terpejam mata Irene untuk seketika cuba mencari mood. Kenapa?Apa lagi yang tak kena? Dia tak buat masalah okay satu hari ni....

                  "Nak cakap pasal apa?"soal Irene dengan malas kerana enggan diganggu.

                  "Turun sahaja lah.."minta Puan Adriana dengan lembut.

                  "Orang letihlah...suruhlah dia datang sendiri." sungut Irene.

                  "Sayang...turun cepat, ada sesuatu yang papa kamu nak maklumkan pada kamu tu..please?"rayu Puan Adriana.

Kening yang berkerut itu terus kendur sebaik mendengar kata-kata itu.

                   "Apa yang penting sangat tu?Memangnya ada kaitan dengan Irene ke?"tanya Irene.

                   "Ya. turun cepat..."gesa Puan Adriana sebelum berlalu keluar dari situ.

Irene membuat muka tidak suka. Dia cuma nak dibiarkan sendirian aje, berat sangat ke permintaan ni? Hari dia sudah cukup sibuk hingga buatkan dia overstimulate dan rimas. Hanya bersendirian saja dapat tenangkan semula dirinya ini.

Dah kena di suruh mendengar bicara orang tuanya pula.

Siapa aje yang tak berangin.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now