Chapter 62 : Bebel

1K 79 0
                                        

Alunan lagu Bruno Mars "Runaway" berkumandang dalam kereta dengan volume yang rendah, mengisi ruang yang senyap dan tegang.

"Perlu ke kau berkelakuan macam tu dengan Irene? Dia lebih tua dari kau, tahu tak..." bebel Samuel di tempat pemandu.

Lelaki itu fokus dengan pemanduan sewaktu berbicara. Claudia yang ada di sisi hanya menopang dagu dengan tangan kiri pada pintu kereta, berpaling memandang keluar.

"Peduli pula aku dia tua dari aku. Kalau orang menyakitkan hati, sesiapa pun akan layan macam tu..." balas Claudia.

"Kau buat lagi perangai macam tu, balik naik bas, aku tak nak hantar kau pergi balik kolej!" tegas Samuel sambil menggenggam erat stereng kereta.

Claudia berpaling pantas, memandang tidak puas hati ke arah Samuel. Dadanya naik turun menahan sabar.

"What? Kau lebihkan perempuan tu dari adik kau sendiri? Gara-gara aku kurang ajar? Seriously?" soal Claudia dengan nada terkejut.

Samuel berpaling pantas apabila mendengarnya.

"Bukan dengan Irene jer... dengan semua orang! Sebab kau dah melampau sangat... semua orang kau nak marah..." bicara Samuel sebelum kembali memandang ke depan.

"Yalah... aku jer yang salah. Perempuan tak guna tu yang betul. Kau tahu apa!" rengus Claudia, memalingkan kepala ke kiri. Enggan memandang wajah Samuel kerana itu hanya akan menambahkan sakit di hatinya.

"Jangan panggil dia macam tu!" deram Samuel.

"Apa masalah kau hah? Kau dah kena sihir dengan perempuan tu eh? Salah aku, kau kisah pula! Salah dia, bukan main lagi kau backup! Bagus sangat ke perempuan tak guna tu!" dengking Claudia.

"Kau tu, apa masalahnya yang dengki sangat dengan orang yang tak kacau hidup kau tu? Kenapa? Dia tak kacau hidup kau. Usik kau pun tidak, yang kau nak sakit hati sendiri tiba-tiba apasal?"

Claudia kembali memaling kepala menghadap Samuel. Kedua-dua tangan mengepal penumbuk, menahan diri dari melontar tantrum di dalam kereta tersebut.

"Sebab dia dah buat semua orang dekat sisi aku tinggalkan aku... kau, mama, kawan-kawan aku semuanya... mana aku tak sakit hati!"

Samuel berdengus kecil.

"Orang tinggalkan kau sebab perangai kau yang berlagak bagus tu. Siapa yang suka kawan dengan budak yang fikir semua benda bawah kawalan dia macam kau!" balas Samuel, mematikan kata-kata Claudia.

Claudia bersandar pada kerusi, tangannya disilang ke dada dan pandangannya mencerun. Setelah sepuluh minit, pemanduan berakhir dan kereta milik Samuel berhenti di depan perkarangan rumah.

Claudia yang keluar kereta terlebih dahulu menghempas daun pintu kereta tersebut dengan kuat, mengejutkan Samuel dengan tindakan itu.

"Wei!" marah Samuel di belakang.

"Aku benci kau! Aku benci dia!" luah Claudia semasa menolak pintu rumah dengan kasar. Dia menghentak kaki sewaktu mendaki tangga naik ke tingkat atas.

Samuel menyusul tidak lama kemudian dengan kening berkerut dan mimik muka sedang menahan sabar.

Linda yang kebetulan muncul dari arah dapur dengan tangan memegang mug memandang terkejut ke arah dua orang anaknya itu.

"Dah kenapa pula dengan adik kamu tu, Sam?" tanya wanita itu sewaktu mendekati tangga.

Serentak itu, Samuel yang turut hendak naik ke tingkat atas hanya menjungkit bahu.

"Entah... period agaknya..." balas lelaki itu dengan muka tidak puas hati.

"Dan kamu kenapa pulak? Period jugak ke? Muka cemberut macam tu...?"

Samuel menjuling mata menyampah.

"Dah lah, Sam nak masuk bilik, penat..." pamit Samuel pada Linda sebelum mendaki tangga untuk ke tingkat atas.

Linda mengangguk kepala. Dia memerhati langkah Samuel sehingga anak sulungnya hilang dari pandangan. Setelah itu, dia atur langkah ke bilik bacaan dengan mug di tangannya.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang