Masuk seminggu berlalu Madam Fiona telah meninggalkan dunia, dan semuanya berjalan seperti biasa. Pemergian wanita itu sama sekali tidak memberi sebarang perubahan di kolej itu, kecuali seorang.
Senyap sunyi studio lukisan itu apabila kesemua 15 orang pelajar senior yang berada di dalam bilik tersebut tekun menyiapkan lukisan masing-masing bertemakan bunga-bungaan.
Pensyarah kelas itu, Sir Loui jalan sekeliling kelas untuk memantau perkembangan penuntutnya berhenti sekejap-sekejap untuk memberi bimbingan.
Sewaktu pensyarah itu hendak tunduk memberi penerangan kepada pelajar perempuan dari baris ketiga di bahagian belakang, kembali berdiri tegak apabila dia perasan satu-satunya kanvas yang masih putih di depan pelajar perempuan yang bersanggul.
Sir Loui menghampiri orang yang melipat lengan kemeja hingga paras siku dan bersanggul menggunakan dua batang pensel itu. Dia tunduk membongkok untuk memandang tangan yang tidak bergerak-gerak sejak tadi sebelum naik memandang wajah pemilik kanvas putih itu.
"Irene....”panggil Loui sambil melalukan tangan di depan mata Irene.
Irene tersentak matanya terkebil-kebil saat memandang bingung ke arah Loui. Pandangan gadis itu kosong. Sebelum termenung sekali lagi.
"Irene, kamu kenapa?”panggil Loui lagi.
Irene mengangkat kening.
"Huh?kenapa?Sir ada cakap apa-apa ke?"tanya Irene.
Kening Loui berkerut. Dia mengetuk-ngetuk kanvas yang kosong itu dengan jari.
"Ini..kanvas kamu, mulakan lukisan kamu atau jangan keluar dari kelas saya..."arah Loui sebelum berlalu dari situ dan kembali memantau.
Irene melepaskan keluhan, dia tunduk memandang tangan yang memegang berus lalu memulakan lukisannya. Setelah kelasnya tamat, dia terus berlalu ke lokar. Menyimpan semua barang lukisannya dan bergerak ke cafeteria.
Ketika sedang berjalan, Irene memandang sekelilingnya, melihat mereka yang sedang tersenyum dan ketawa. Sementara dia terawang-awang seperti menunggu langit bila-bila masa sahaja akan jatuh menimpanya.
"Hei..."tegur seseorang dari belakang dengan perlahan. Tangan itu memegang belakang badan gadis itu, membuatkan Irene tersentak lalu berpaling ke kanannya. "Kenapa ni?"tanya Rex. Lelaki itu tunduk memandang wajah Irene. "Kau okay tak?"
Irene menggeleng kepala, dia memandang Rex dengan kening berkerut.
"Nak apa jumpa saya ni?"
"Saja...rindu.”jawab Rex sambil mendorong Irene jalan ke depan dan duduk di meja yang kosong berhadapan dengan gadis itu.
Irene meletakkan begnya di atas riba. Duduk tegak memandang Rex. Lelaki itu turut memandangnya.
"Kalau awak nak pandang saya macam tu jer saya balik."Irene cuba hendak bangun dari situ, namun Rex memegang tangannya.
"Jangan. Aku akan cakap.”Irene kembali duduk dengan muka bercemberut. "Macam ni...lepas exam ni aku rancang untuk bertunang dengan kau..."luah Rex perlahan.
Kening Irene mencerlung.
"Huh?Tunang?"ulang Irene dengan reaksi 'WTF'nya.
"Parents aku dah setuju jadi dia orang akan datang jumpa family kau bila papa kau balik nanti..."
Mulut Irene terbuka sedikit kerana tidak terkata. Dia memandang tidak percaya ke arah Rex dengan apa yang didengarinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/184698489-288-k631246.jpg)
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...