37. Cabar

1.1K 101 0
                                    

Xenon berhenti bergerak, dia bangun dari baringnya lalu berdiri tegak memandang Irene.

"Kenapa aku tak kacak ke?" lelaki itu mencekak pinggang.

Irene bangun dari katil dan mengatur langkah mendekati Xenon dengan renungan menyakat.

"Urm.... mari kita tengok..." gadis itu memegang dagu, berjeda panjang saat memandang Xenon dari atas hingga bawah. "Bolehlah 50-50?" Irene menjungkit kening sebelah kanan.

Xenon menarik senyuman meleret ke kanan.

"Wow... average, kau tahu tak? Kalau perempuan lain tengok aku, bukan setakat pandang, entah-entah siap terkam aku. Kau boleh cakap aku 50-50?"

Gadis itu berdecit menyampah mendengar kata-kata bangga itu.

"Oh ya... tapi saya tak rasa apa-apa pun sampai nak terkam awak?" Irene menyilang tangan ke dada.

Xenon mendekati Irene. "Serius, kau tak rasa apa-apa?"

"Urm..." balas Irene dengan tenang.

"Walaupun sedekat ni?" Xenon mendekatkan lagi dirinya pada Irene.

Irene merenung tepat ke mata Xenon.

"Yup."

Xenon menghulurkan tangan lalu memeluk pinggang Irene. Dia menarik Irene rapat pada badannya. Perlahan-lahan lelaki itu tunduk, menyengetkan kepala saat wajah Irene dekat dengannya.

"Walaupun rapat macam ni?" tanya lelaki itu perlahan.

Irene memandang wajah itu dengan lama, terkesan sesuatu dari wajah itu.

"Kalau awak kiss saya pun tak kisah..." balas Irene yang menolak dada Xenon untuk menjauhkan wajahnya darinya.

"Oh ya ke?" Xenon mengeratkan pelukannya pada badan Irene. Perlahan-lahan mendekatkan bibirnya pada bibir Irene. "Kalau macam tu biar aku test..." Saat bibir lelaki itu hendak mendekat, Irene cepat-cepat mengetap bibir. Xenon mengangkat kening. "Aik, kata tak kisah."

Irene memandang mata itu dengan lama.

"Irene! Tolong mama sini sekejap!" panggil mamanya dari tingkat bawah. Membuatkan gadis itu bergelut hendak lepaskan diri.

Mata Xenon masih terkunci pada bibir yang diketap erat oleh Irene.

"Fine... saya kisah. So, lepaskan saya sekarang. Mama dah panggil..." tolak Irene.

Xenon menarik tubuh Irene dekat pada badannya.

"So, kau kisah kalau kita rapat macam ni?"

Irene melepaskan dengusan jengkel.

"Ya... sekarang lepas!" ngerang Irene yang cuba meleraikan lengan yang berotot itu dari terus melingkar pada badannya.

Xenon melepaskan pelukannya. Dia senyum saat melihat Irene menarik nafas untuk menenangkan diri.

"Ugh... menjengkelkan betul..." ucap gadis itu sambil membetulkan pakaiannya.

"Kau pun sama..." balas Xenon yang kembali menyambung rutin senamannya.

Gadis itu kemudiannya berlalu ke tingkat bawah, membantu mamanya menyiapkan makan malam untuk pengarah hospital tempat mamanya bekerja.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now