Pintu bilik persalinan terbuka perlahan-lahan sebelum seorang wanita berkasut tumit tinggi melangkah masuk. Dia berjalan dengan senyap, sebelah tangan memegang plastik beg, sebelah lagi memegang sebatang lolipop.
Mata itu bergerak memerhati ruangan yang penuh dengan pakaian serta beg milik tetamu yang hadir untuk perlawanan itu.
Irene membuka pembalut lolipop perisa anggur dan memasukkannya ke dalam mulutnya. Setelah itu, sarung tangan getah putih disarung pada kedua-dua belah tangannya. Topeng putih dipasang menutupi hidung dan mulutnya sebagai langkah keselamatan.
"Hurm... mari kita mulakannya..." ujar gadis itu sambil tersenyum di balik topeng muka.
Bekas kaca berisi serbuk putih dikeluarkan dari beg plastik. Botol penyembur air yang tersangkut pada tali pinggang seluar skinny diambil.
Dengan cekap, tangan itu membuka penutup botol penyembur air dan memasukkan serbuk putih dari bekas kaca ke dalamnya. Setelah memasukkan sejumlah serbuk yang cukup untuk digunakan seluruh ruang tersebut, gadis itu melihat sekeliling, mencari sesuatu.
Botol air mineral yang sudah dibuka dicapainya.
Air tersebut kemudiannya dituangkan habis ke dalam botol penyembur. Setelah selesai, botol itu ditutup dan digoncang dengan gaya seperti seorang bartender sedang menyiapkan minuman.
"Well... nama aku bukan Irene kalau aku tak pernah buat masalah. Sekarang kau orang rasa akibat cari pasal dengan orang yang salah..." bicara gadis itu seorang diri.
Dengan gembira, Irene menyembur cecair itu pada semua jersi yang akan dipakai pada waktu kedua nanti. Kesemua jersi yang ada di situ disemburnya. Dia beralih ke tuala lap yang tergantung di sana sini.
Dengan tekun, gadis itu melakukan kerja ‘kebajikan’ tersebut, menyembur sana sini seperti seorang penjaga bunga profesional. Apabila cecair dalam botol tersebut telah kosong, dia berdiri di tengah bilik persalinan, memeriksa tiada satu pun tempat dan sasaran yang terlepas dari pandangannya.
"Alright... everything is done!" Gadis itu tunduk mencapai barang-barang yang dibawa lalu bergerak keluar dari tempat itu tanpa meninggalkan sebarang bukti dan kesan.
Sebaik sahaja gadis itu kembali ke gelanggang, suasana tempat itu kelihatan tegang dan dingin.
Sekumpulan paramedik berdiri menghadap seseorang yang sedang duduk di kerusi tempat pemain. Gadis itu menoleh kanan dan kiri sebelum terpandang pemain dari Kolej Beuxstone sedang berdiri, memandang ke arah yang sama.
"Apa yang berlaku?" tanya dia kepada penonton yang berada dekat dengannya.
"Senior Daniel cedera masa dia kena langgar dengan seorang dari lawan, macam teruk sebab dia jerit kuat sangat... sakit sangat agaknya," jelas pelajar itu dengan kening berkerut.
Kening Irene terangkat, gadis itu memandang ke arah tempat duduk pemain. Tanpa berfikir panjang, langkahnya diatur ke arah tempat duduk pemain Star High. Dia menolak mereka yang ada di situ untuk melihat keadaan rakannya.
"Tepi!" tolak Irene sebelum gadis itu berdiri kaku memandang Daniel yang sudah berbungkus tangan dan tergantung. "Apa yang berlaku??" soalnya dengan risau.
"Apa kau buat dekat sini... pergi duduk sana," arah Niel yang berdiri menghadap Irene.
Irene memandang tangan Daniel yang berharga itu, risau sekiranya sesuatu berlaku pada lelaki itu.
"Kau tak apa-apa?" tanya gadis itu.
Daniel mengangkat kepala, wajah lelaki itu pucat dan berpeluh.
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...