Meja di kafetaria penuh dengan pelajar pada waktu makan tengah hari. Ada yang baru masuk, ada yang hendak keluar, ada yang sedang berdiri mencari tempat duduk, dan ada juga yang masih berdiri memilih makanan.
Tidak jauh dari kaunter pembayaran, sekumpulan pelajar perempuan sedang berjalan sambil membawa makanan di dalam dulang masing-masing. Mereka seronok berbual sehingga tidak memandang ke depan.
Kebetulan pada waktu itu, mereka mendekati seseorang yang membelakangkan mereka. Apabila orang itu berpaling, seorang pelajar perempuan melanggar orang tersebut, menyebabkan cawan berisi air kopi ais tumpah ke atas pakaiannya.
KEDEGANG!
Bunyi dulang jatuh ke lantai kedengaran. Pelajar perempuan tersebut ternganga apabila tunduk memandang lantai dan perlahan-lahan memandang orang di depannya.
"Maafkan saya... saya tak nampak... saya betul-betul minta maaf..." ucap Nancy, pelajar dari kelas Kejuruteraan tahun akhir, kepada orang yang sudah kotor pakaiannya.
Lelaki yang mengenakan jaket kulit di luar dan t-shirt putih di dalam menepis-nepis baju putihnya yang sudah kotor di bahagian perut dengan wajah tanpa perasaan.
Saat Nancy hendak membantu membersihkan kotoran pada baju orang tersebut dengan tisu basah, tangan gadis itu ditepis kasar.
"Jangan sentuh aku!" arah Xenon dengan renungan tajam. Dia memandang benci ke arah Nancy.
"Maaflah Xenon, saya betul-betul tak perasan tadi..." ucap Nancy dengan senyuman di bibir. "Bagi saya nombor awak, saya akan bayar semula baju ni atau saya cari yang lain..." ujar Nancy dengan nada cuba mendekati Xenon.
Xenon berdengus berang.
"Jangan berani-berani sentuh aku dengan tangan kau yang kotor tu, faham!" deram Xenon dengan renungan maut. Dia terus berjalan menonong dari situ dan sempat melanggar bahu Nancy dengan kasar.
Nancy bungkam, dia kaku berdiri memandang ke depan apabila mendengar kata-kata itu.
"Kau okay tak?" tanya rakan Nancy.
Nancy memandang tak percaya, dia menguak rambut panjangnya ke depan lalu menoleh ke belakang, memandang belakang badan Xenon yang melangkah keluar dari kafetaria itu.
"Aku suka lelaki macam dia tu," komen Nancy.
"Menakutkan macam tu, kau suka? Gila ke apa..."
"Kau lah... katanya boleh dapat nombor dia kalau buat macam tu... sudahlah nombor tak dapat... dibenci lagi tu."
Nancy tunduk mengutip dulang dan sampah yang ada di lantai sebelum berdiri.
"Tak apa... slow-slow... lelaki ni kita tak boleh serang macam tu... nanti dia orang lari..." ujar Nancy.
Sambil menggerutu kerana kejengkelan, Xenon menolak pintu kafetaria dengan kasar lalu berjalan terus merentasi koridor dengan langkah lekas.
Jaket yang berada di badannya ditanggalkan. Telefon bimbit di dalam poket seluarnya diambil. Dia menyentuh ikon perempuan berbentuk hati pada skrin. Lama dia menunggu panggilan itu diangkat.
"Hello, Irene Bae bercakap, siapa ni?" sapa suara lembut selepas panggilan dijawab.
"Kau dekat mana?" Xenon tunduk memandang pakaiannya yang kotor.
"Rumah... baru nak keluar. Eh... sekejap-sekejap, siapa kau?" soal Irene dalam panggilan.
![](https://img.wattpad.com/cover/184698489-288-k631246.jpg)
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...