Jelas-jelas papan merah bertulisan putih itu memaparkan perkataan "DILARANG BERLARI ATAU SKATEBOARDING DI KORIDOR" saat orang itu meluncur laju di depan papan tanda tersebut.
Papan skateboard itu meluncur merentasi koridor klinik sewaktu penunggangnya dengan selamba masuk ke dalam wad pesakit setelah dipanggil untuk menghadap. Rambut yang diikat senget ke kanan itu bergerak ke depan dan ke belakang semasa orang itu bergerak maju dengan kaki kanan.
Dengan menggunakan hujung skateboard, pintu wad tersebut ditolak buka ke dalam.
Mendedahkan 18 katil di kanan dan kiri yang diduduki oleh mereka yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek di atas katil. Masing-masing sudah terpalit seakan cecair putih pada muka dan badan. Semua kepala terarah pada orang yang muncul bersama papan skateboard di sisi.
"Kamu dah datang..." sapa Linda yang merenung tidak puas hati ke arah Irene.
Irene menjadi Irene, gadis itu membuat muka selamba tidak bersalah saat berjalan masuk ke dalam ruangan itu dan mendekati Linda.
"Ada apa panggil saya ke sini?" tanya Irene sambil meniup belon dengan gula-gula getah yang dikunyah, diletupkan beberapa kali sambil melirik setiap wajah yang ada di situ. "Tuan jurulatih... seperti yang anda mahukan, dia adalah pelaku kejadian yang menimpa anda semua..." maklum Linda perlahan.
Irene membuat muka, dia turun dari papan skateboardnya lalu berdiri di sisi Linda.
"Apa yang saya dah buat? Kenapa puan tuduh saya tiba-tiba?" tanya gadis itu sambil menunjukkan muka tidak tahu apa-apa, tangannya memegang dada.
Linda yang melihat menjungkit kening, tangannya disilang ke dada.
"Jangan nak menipu! Kita orang dah tengok rakaman CCTV tu… kau sembur sesuatu pada pakaian dan peralatan kami! Mengaku cepat!"
"Perempuan gila! Kau tak takut ke nama baik kolej ini tercemar!"
Marah mereka dengan lantang. Irene yang mendengar tersenyum manis.
"Eh! Sedapnya mulut bercakap. Kalau nak cakap tu, pandang diri tu sikit. Siapa suruh cari pasal dulu..." Irene menyilang tangan ke dada. Dia mendabik dagu ke arah mereka tanda dia tidak peduli dengan semua itu.
"Apa? Jadi ini semua sebab nak balas dendam? Apa yang kita orang buat, hah?"
Irene menjeling tajam.
"Apa yang kau orang buat? Eh... dari awal lagi awak semua ni cuba nak cederakan pemain Star High... mengasari mereka sampai ada yang cedera, itu dikatakan tak buat apa-apa?" Irene mendekati katil jurulatih pasukan itu. "Hei, orang tua, dengar sini ya. Selama ni saya sabar jer... dengan cara permainan tuan yang sengaja sakiti pemain lain untuk menang. Tuan tahu tak disebabkan kejadian semalam, kawan saya patah tangan! Patah! Macam mana kalau sesuatu terjadi lebih teruk dari tangan dia!" bentak Irene.
Siapa tak risau, Daniel adalah seorang pianis. Ianya adalah impian yang amat diinginkan oleh Daniel dari dulu lagi. Jika sesuatu terjadi pada tangan Daniel, Irene tidak dapat membayangkan betapa kecewanya Daniel nanti.
"Hei... jaga mulut kamu tu, jangan sampai saya bawa nama kolej ini sampai ke media, susah kamu nanti..." ugut jurulatih itu.
Linda yang mendengar hanya mendiamkan diri; dia tidak akan masuk campur kerana dia tahu apa yang Irene sedang cuba lakukan. Sebab kenapa sampai sekarang dia tidak pernah menggantung Irene dari kolej adalah kerana segala perbuatan jahat gadis itu ada sebabnya.
Irene ketawa mengejek.
"Apa dia? Nak bawa ke media, bawalah... ingat saya hairan... bawa. Beritahu satu dunia yang awak semua ni kena disembur dengan ubat gatal sampai sakit-sakit macam ni..." arah Irene dengan berani. "Saya pula akan bawa nama tuan serta kolej ini ke Jabatan Pendidikan dan Sukan. Dengan alasan cubaan untuk mencederakan yang membawa kepada bahaya. Menipu sewaktu bermain dalam perlawanan… rasanya semua itu cukup untuk buat lesen tuan digantung sepenuhnya, tak begitu?" Irene senyum jahat, dia merenung setiap orang yang ada di situ.
Jurulatih tersebut bungkam. Dia tunduk mendiamkan diri, termasuklah pelajar-pelajar yang ada di situ.
Irene berdengus kecil.
"Just like I expected..." Dia berpaling memandang Linda. "Saya rasa urusan saya dekat sini dah selesai. Saya minta diri dulu ya..." Senyum gadis itu sambil melambai ke arah Linda, lalu meluncur dengan skateboardnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...